Tuesday 29 June 2010

DAH KEMBANG...


Yaaahoooooo....

Seronoknya hari ni...... bungaku dah kembang penuh. Ada dua kuntum je sebenarnya tapi yang satu tu belum kembang lagi.

Yang paling best...orkid ini berbau harum!!!!

Dua kumtum pun oklah tu, as a start. Berbaloi dengan masa aku menunggu ...almost two years.

Next time, my lovely plant please berkembang banyak2 sikit ye......




Monday 28 June 2010

FRANGIPANI PULAK....


Ada satu jenis pokok lagi yang aku dah lama nak tanam....bunga kemboja. Ke.....cempaka namanya?..entahlah...
Kata orang putih....frangipani atau plumeria.

Ada macam-macam warnanya. Baunya pun harum.
Kata orang pokok bunga ini banyak ditanam di kawasan tanah perkuburan.





Actually aku dah ada sepokok. Tapi belum pernah berbunga. Aku pun tak tahu apa warna bunganya. Masa beli dulu tak tanya pun dengan tuan kedai tu. Aku buat andaian sendiri yang bunganya warna merah...hehe

Dah hampir setahun dalam jagaanku, kalau tak silap.
Itulah.... cadang nak tambah lagi......
Kalau aku bagitau hubby, tentu dia garu kepala.......

Sunday 27 June 2010

KENAPA TAK BERBUNGA?

Sudah hampir seminggu aku menjalankan misi mengemaskini rumah orkidku. Begitu juga barisan pasu di tepi pagar. Mana yang nampak kurus dan berpenyakit aku letakkan di tempat kuarantin....dengan harapan akan kembali sihat.

Dalam masa yang sama aku juga mengenalpasti pokok2 yang malas berbunga....
Wah, ada banyak rupanya!

Ada tu yang belum pernah berbunga walaupun sekali sejak aku bawa balik 4 atau 5 tahun lalu.....
Apa nak buat ni???


Yang ini pemberian kakak ipar di Kuantan. Dah hampir 4 tahun tapi masih sama saja keadannya. Pertumbuhannya agak lambat. Dulu kurus kering tapi sekarang dah gemuk. Tolonglah berbunga ye....



Yang ini pulak ada lima pasu sama jenis. Pun belum pernah berbunga. Almost five years now dalam jagaanku.


Yang ini aku beli dari nursery di Mantin, Negeri Sembilan setahun lalu. Masa tu tengah lebat berbunga...... Malangnya, sekali itu ajelah aku menikmati bunga purplenya....

Friday 25 June 2010

AKHIRNYA....


Sifat yang mesti ada pada diri penggemar orkid~SABAR~yang bukan sedikit kuantitinya......
Hari ini aku rasakan kesabaranku berbaloi bila melihat si purple muncul dari celah-celah daun.
Sebenarnya dah lama aku abaikan pokok yang satu ini atas alasan ia malas berbunga.
Seingat aku, sepanjang lima tahun ini hanya sekali pokok ini pernah berbunga. Itu pun entah tiga atau empat tahun lalu.
Purple terang dan besar kelopak bunganya....cantikkkk sekali....
Tak sangka, penantianku berakhir juga pagi ini.
Kita tengok esok pulak bila ia mengembang penuh.......

Thursday 24 June 2010

::MENGIDAM BOUGAINVILLAE::



Tak sabar menunggu PC siap dibaiki aku gunakan laptop untuk menjelajah mencari gambar2 pokok bunga kertas untuk di publish.
Dapatlah gambar2 ni....cantikkan????
Actually banyak gambar pokok
bunga kertas yang ku capture dari rumah saudara mara aku simpan dalam PC yang tengah merajuk tu....
Kalau hard disk buat hal...alamat hancusssss le jawabnya....


Aku masih dalam dilema sama ada nak teruskan niat nak mula menanam pokok2 bunga kertas atau tidak memandangkan tak banyak ilmu penjagaannya yang aku tahu....
Tapi, kalau ikutkan hati.....aku beli aje...
Hidup atau mati pokok2 tu kat rumah nanti.....is completely a different story...hehe







Wednesday 23 June 2010

KOMPUTERKU MERAGAM

Hampir seminggu desktop merajuk....
dah hantar ke kedai tapi belum siap2....entah apa masalahnya aku pun tak tahu.
Tak selesa guna laptop ni sbb skrinnya kecik cenonet. Tak puas mata memandang. Apakan daya...dah terpaksa.... :(
Hajat hati nak buat entry tentang bunga kertas atau bougainvillae minggu ni...kononnya....
Dah lama teringin menanamnya sebab terpikat dengan warna2 terangnya. Kadangkala nampak landscape di tepi jalan atau highway penuh dengan pokok bunga kertas....so jealous.
Seolah tak berjaga tapi lebat berbunga sampai tak nampak daun.
Dulu pernah juga menjaga beberapa pasu pokok bunga kertas hasil pemberian mak mentua....malangnya, pokok penuh daun tapi malas berbunga....huhu...
Namun begitu, hajat bercerita ttg pokok bunga kertas terpaksa ditangguh sebab bahan-bahan yang dah dikumpul ada dalam desktop yang meragam tu... so, kena tunggu komputer balik dari bengkel dululah ye...
By the meantime, ada gambar pinggan yang cantik2 dlm laptop ni.....so, mari kita share...
Rasanya, pinggan macam ni tentu mahal harganya. Anyway, walaupun tak mampu memiliki, dapat menikmati gambar2 nya pun dah cukup baik dan rasa sangat bersyukur...... compared to those yang tak dapat melihat langsung....ye tak?
Mana tahu ada rezeki suatu hari nanti.....mungkin dapat memilikinya....


Friday 18 June 2010

HALAMAN ORANG


Semalam sempat balik kampung (Klang) menjenguk 2 org maksedara yang baru pulang dari mengerjakan umrah.

Sampai sahaja di halaman rumah Mak Long terpukau dengan bunga merahjambu terang ini....apa namanya? Kemboja cina? Cempaka Jepun? entah???? tapi....soooo nice.

Lepas tu, nampak pulak pokok2 orkid beliau. Banyak jenis vanda sedang lebat berbunga.



Ada yang kami beli sama2 semasa di Ekspo Landskap di Taman Tasik Cempaka, Bangi tidak lama dulu. Mak Long kata dah banyak kali ulang berbunga. Aku punya pulak.....huhu...sekali je.....




Jealousnya.......
Rasa nak angkat je pasu2 Mak Long dan bawak balik Bangi.....






Tuesday 15 June 2010

MENIKMATI KEINDAHAN ALAM

Sekeluarga terutama hubby kepenatan selepas balik dari menghantar pengantin di utara tanahair. Anak2 seronok sebab dapat menikmati keindahan alam. Dapat kenal sawah padi dan pokok padi, pokok buah-buahan, rumput semalu, tengok lembu kerbau, bukit bukau dan banyak lagi....

Masa ini jugalah anak bujangku menambah pengetahuan geografi dan mengenal sempadan negara. Apa tidaknya, dia kata Perlis ialah sebuah pulau.....????
Minggu lepas kami ke Johor Baru selama 4 hari, then balik Bangi. Berehat 3 hari di rumah mengemas apa yang patut dan Jumaat 11/06 jam 4 pagi bertolak ke Perlis.

Sempat singgah di Balik Pulau, Penang ziarah sahabat yang lama terpisah, Norizan Othman. Kebetulan musim durian dan kami dijamu raja buah itu.

Selepas solat Jumaat bertolak pula ke Kangar dan tiba di tempat penginapan jam lebihkurang 9 malam. Banyak kali berhenti rehat sebab tunggu saudara mara dari Kuantan dan JB utk konvoi sama2.

Inilah tempat penginapan kami sepanjang berada di Kangar~ Thadza Homestay. Bentuk sebuah banglo dengan 15 buah bilik. Habis semua bilik kami charter utk rombongan kami. Selesa....

Tidak sah ke Perlis kalau tak ke Padang Besar....ye tak?
Begitu juga kami. Pagi2 sabtu, selepas breakfast semua menuju ke sana. Macam2 ada....

Cuma cuaca panas menyebabkan anak2 tak selesa...

Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah di Bukit Kayu Hitam dan masuk ke Danok, Thailand sekejap. Beratur lama di post imigresen. Mungkin sebab cuti sekolah kut....pelancung ramai....

Jalan keluar pun jem...

Overall, kami semua seronok. Semua orang dapat barang yang mereka nak.... jersey bola, mainan, kasut, aksesori, buah-buahan....baju raya pun dapat!

Hubby kata next time nak masuk Danok lagi, shopping. Tapi bagi aku...cukuplah sekali. Bak kata orang hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri...

Shopping di PKNS Bangi pun ok, apa?????hehe


Thursday 10 June 2010

POKOK2 AKAN KENA TINGGAL LAGI


Alhamdulillah sepanjang peninggalanku selama 4 hari berada di JB, pokok2 bungaku sihat2 belaka. Andaianku, hujan turun hampir setiap hari agaknya...alhamdulillah.
Sampai sahaja di rumah aku disambut oleh orkid scorpion yang baru kali kedua berbunga. So nice....
Begitu juga dengan mokara dan cattleya purple. Sungguh menyeronokkan.
Pagi2 esok nak ke Perlis hantar pengantin pulak.
Ahad baru balik rumah semula.
Moga2 hujan turun juga sepanjang ketiadaanku.
Kepada ulat dan siput aku nak pesan sekali lagi.....
jangan kacau pokok2 ku kalau nak selamat....









Wednesday 9 June 2010

PENGINAPAN YANG SELESA~Leisure Farm JB

Sepanjang berada di JB inilah tempat penginapan kami....Leisure Farm yang terletak di Gelang Patah. Tak jauh dari rumah pengantin lebih kurang 20 minit driving.
Rekabentuknya macam terrace house~boleh pilih nak yang dua atau tiga bilik.

Tempat ni memang best. Kawasannya luas siap ada kemudahan padang golf, swimming pool dan jogging track. Rumah2 nya pulak bercitarasa moden.
Persekitarannya redup dan mendamaikan. Banyak pohon hijau. Memang sesuai untuk berehat dan bersantai. Berbulan madu pun sesuai.

Tapi sayangnya kami sekeluarga tak dapat menikmati sepenuhnya suasana indah itu...maklumlah sibuk membantu di majlis kenduri kahwin anak buah tersayang. So, banyak masa dihabiskan di rumah pengantin instead....
Takpe....next time aku dan keluarga pasti ke sana lagi jika berkesempatan....

Tuesday 8 June 2010

ORKID DI MAJLIS PERKAHWINAN KAKLONG AIN



Dah balik dari JB malam tadi. Hampir jam 12 tengah malam baru tiba di rumah. Letih kenduri kahwin belum hilang nak kena uruskan rumah yang dah ditinggalkan 4 hari. Basuh baju, sapu sampah, mop lantai....kerja2 yang biasalah.

Ni rehat sekejap..... jenguk blog dulu.

Majlis kenduri kahwin anak buah di JB telah berlangsung dengan meriah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah ramai tetamu yang datang. Makanan pun cukup.....dan yang penting, sedap......

Nak ceritanya....dekorasi majlis tu yang sangat menarik, sedap mata memandang. Pengantin yang cantik bersanding di ataspelamin yang dihias indah ala2 garden wedding, gitu!


Bunga2 yang digunakan....bunga kesukaanku~ orkid! Di mana2 ada orkid. Depan pelamin, tepi pelamin malahan bergantungan atas pelamin (sebagai ceiling). Banyaknya orkid......

Ada water feature di kiri kanan pelamin. Backdrop pulak ada air mengalir. Nyaman sekali.



Selesai majlis, apa lagi...... esok paginya aku dan ipar duai 'mengerjakan' bunga2 orkid yang ada. Kami gubah sesuka hati menjadi jambangan indah dan tinggalkan untuk tuan rumah. Ada juga yang diberi kepada jiran dan teman2 rapat tuan rumah sebagai kenangan dan penghargaan setelah berpenat lelah membantu sepanjang majlis berlangsung.

Kami semua pulang dengan rasa puas bukan sahaja kerana telah menjayakan majlis malahan dibekalkan dengan bunga2 orkid yang aku gubah~tapi memandangkan susahnya nak menjaga sepasu gubahan bunga dalam kereta dari JB ke Bangi maka aku bawak balik yang loose dan gubah sendiri di rumah.


Friday 4 June 2010

SAYANG NAK DITINGGAL



Esok nak ke JB menghadiri majlis pernikahan anak buah. Isnin baru balik Bangi semula.

Apa nak jadi dengan bunga2 ku ini????
Banyak pulak yang baru nak mengembang kudupnya....

hai serangga/siput/ulat....janganlah membuat onar sempena ketiadaannku ye....


Kasihanilah bunga2 ku ini...

Biarlah kembang mekar supaya sedap mata memandang.

Hujan...turunlah membasahi bumi supaya pokok bungaku tak kehausan....


Sedihnya meninggalkan kamu semua wahai pokok2.......

Thursday 3 June 2010

BERSYUKUR...



Kata orang "Beauty is in the eyes of the beholder".....

memang tepat sekali.

Kecantikan adalah sesuatu yang sangat subjektif. Senang cakapnya, sesuatu yang kita suka mesti kita akan kata benda tu cantik.

Tak kiralah apa 'benda' tu....barang ke, rupa paras ke, rumah ke..apa2 ajelah.
Macam tu juga bila sentuh topik bunga..yang suka ros akan kata ros cantik, yang suka bunga kertas tentu tak nak kalah....ye tak??

Kalau tanya aku, tentu aku kata orkid tu cantik....sebab aku suka orkid....hehe

So, moral of the story....tak ada benda yang tak cantik. Ciptaan Allah semua cantik belaka. Jadi, sentiasalah bersyukur kerana dapat menikmati segala bentuk 'kecantikan' yang Allah ciptakan ini.....


Wednesday 2 June 2010

#KUTUK KEKEJAMAN ISRAEL#

Dalam keadaan di mana seluruh dunia sedang memberi tumpuan terhadap misi bantuan ke Palestine~Lifeline for Gaza (LL4G) yang diserang hendap oleh askar Yahudi sehingga menyebabkan ramai terbunuh, aku tak dapat menahan diri dari menulis entry ini. Berita yang dipetik dari akhbar Berita Harian On-line di bawah adalah bertujuan menunjukkan betapa Israel-Yahudi sebenarnya tidak akan pernah putus asa menghapuskan umat Islam dengan apa cara sekalipun.

Israel ancam halang kapal

2010/06/02BAITULMAQDIS: Israel memberi amaran akan terus menghalang semua kapal bantuan daripada mendekati Gaza yang ditawan, sementara aktivis pula berikrar untuk merempuh halangan walaupun misi terbaru mereka berakhir dengan pertumpahan darah.
Amaran dibuat Pegawai Kanan Pertahanan Israel ketika polisnya memenjarakan atau menghantar pulang beratus-ratus aktivis yang ditahan selepas kapal Gaza dikepung komando negara Yahudi itu dalam serbuan awal pagi di perairan antarabangsa kelmarin, mengakibatkan sembilan terbunuh. Serbuan yang mencetuskan kemarahan antarabangsa itu memaksa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membatalkan lawatan ke Washington bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Barack Obama.
“Kami tidak membenarkan kapal mendekati Gaza dan menghantar bekalan,” kata Timbalan Menteri Pertahanan, Matan Vilnai kepada radio awam. – AFP


Marilah sama -sama kita doakan agar Allah memberi pertolongan kepada pasukan sukarelawan yang terlibat dalam misi tersebut.