Friday 25 February 2011

PHAL SEDANG MEKAR

Yeay.....yeay.... dah berbunga!!!
Seronok rasa hati Phal yang dibeli semasa pameran MAHA tempohari sedang berkembang kali pertama. Tambah seronok lagi kerana ini adalah kumpulan pertama Phal yang aku miliki. Tambah bersemangat nak menambah koleksi selepas ini....hehehe



Walaupun cuma dua kuntum yang kembang tapi berbaloi menantinya....maklumlah amatur!
Tak jemu menatapnya setiap hari. Rasanya kudup yang berikutnya akan mekar berkembang juga dua tiga hari lagi.....
eeeeeiiiii....seronoknya!!!!



Tuesday 22 February 2011

MENGASAH 'BAKING SKILL' KU

Si Intan Payungku ada sambutan Maulidur Rasul di tadikanya hari ini. Semua pelajar dikehendaki memakai baju kurung dan bertudung atau berbaju Melayu dan bersongkok.
Since kami sekeluarga belum membuat sambutan hari lahir si Intan Payung aku mengambil kesempatan mengadakannya di tadika.
Biasalah...birthday party anak kecil....kek adalah suatu kemestian. Cuma bezanya kali ini aku membuat percubaan berani dengan membakar dan mendecorate sendiri kek harijadi anak daraku ini.
Inilah hasilnya.....

Memanglah nampak tak semenggah.....maklumlah first timer! Next time would be better, I hope.....

Sebenarnya aku tak ada idea nak buat kek apa pun....lantas search for recipe di internet. Terjumpa resepi kek oren moist yang nampak sedap sekali. Yang paling penting caranya mudah menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumahku.
Aku pun buat 2 biji dan cantumkannya menjadi sebiji kek yang besar.





mula2 aku bakar sebiji dulu dan tengok hasilnya (maklumlah belum pernah cuba sebelum ni...). Bila nampak ok, barulah aku adun satu lagi.




then aku bubuh jem atas satu biji kek tu untuk cantumkan dengan yang satu lagi.



jadilah macam ni......




lepas tu aku decorate guna simple icing (resepi dari internet juga) dan letak hiasan ikut suka anak dara ku....
taaraaaaa.......dah siap!


Walaupun rupanya tak secantik mana tapi aku bahagia bila melihat anak daraku begitu bangga dan excited dengan kek hasil air tangan ibunya....siap bagitau kawan2 di tadika, gitu!
Next time nak buat ikut resepi lain pulak....



Sunday 20 February 2011

ULANGTAHUN SI INTAN PAYUNG



Hari ini, 20hb Februari 2011 anak daraku MUNIRAH AUNI genap 5 tahun usianya.
(terasa seperti baru semalam dia lahir....)
Happy birthday, sayang!
Ayah, Ummi dan abang doakan semoga adik menjadi anak solehah.
Birthday party kita tangguhkan ke hari Selasa minggu depan ye.....sebab today cuma kita berdua saja yang ada di rumah ~ayah golfing dan abang attend Klinik UPSR di UKM.
HAPPY BIRTHDAY!!!!

Saturday 19 February 2011

ORKID...LAGI....

Seronok melayan orkid sejak musim cuti sekolah Disember lalu. Walaupun ada beberapa pasu yang hampir mati sebab pucuknya busuk ~mungkin sbb byk kena hujan di hujung tahun, tapi terubat juga dengan kuntum2 yang sedang mekar ni...
Agak lama juga kembangnya. Sampai hari ini masih ok.
Actually ketiga2 nya dari jenis yang sama cuma beza warna saja.
kalau terjumpa warna lain nak juga memilikinya... in the mean time,
layannnn dulu mana yg ada ni.....
yang ini keseluruhan kuntumnya nampak pink tapi jika di teliti ada gabungan kuning di dua kelopak bahagian bawah.



yang ini pulak pinknya lebih cair manakala elemen kuning di kelopak bahagian bawah lebih menyerlah.

yang ini pinkish purple....

nice, huh?

(EHEM...EHEM).....TESTING, TESTING....

....alahai...dah berkurun tak menjenguk ke sini....
apalah khabarmu wahai blogku???
kesian...sebab kamu dah terabai beberapa ketika....
but you know what?
I'M BACK!

dengan azam baru (eh, berapa kali berazam daaaaa.....?) utk setia mengemaskini laman ini... insyaAllah!

By the way, belum terlambat untuk ku mengucapkan Salam Maulidurrasul kepada semua umat Islam. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan pengikut baginda SAW yang bakal mendapat syafaat di akhirat kelak....amin.