Monday 28 March 2011

JALAN-JALAN KE KUCHING

Cuti sekolah yang lalu kami sekeluarga ke Kuching, Sarawak.
Kami~ 11 orang semuanya termasuk aku, suami dan 2 anak, adikku Salina, suaminya dan 3 anak, adikku Julie dan seorang sepupu kami, Odey. 


Destinasi ini aku yang memilihnya atas beberapa alasan. Pertama, aku dan anak2 belum pernah sampai ke sana.

Kedua, kebetulan ada promosi dibuat sebuah syarikat penerbangan tambang murah ini semasa aku melayari web untuk menempah tiket.

Ketiga, percutian kali ini sangat bermakna bagi anak-anak buahku kerana ini kali pertama mereka meniaki kapal terbang. So, kalau boleh ingin ke destinasi yang 'agak jauh' sedikit....


So, kami menaiki 'kapal terbang merah' dan berada di Kuching pada 17 hingga 20 Mac, 2011.

Sepanjang berada di Kuching, kami tinggal di Hotel Merdeka Palace yang terletak tidak jauh dari waterfront yang terkenal di Kuching. Syukur, berkat pertolongan sahabat zaman sekolah menengah dulu, Dr Norazila Aziz yang telah lama bermastautin di Kuching, kami diberikan special rate bagi bilik yang kami sewa. Actually, ia sebuah apartment tiga bilik yang sangat selesa with a very reasonable price. Muat untuk ahli rombongan kami seramai 11 orang.

..anak bujangku bergaya di hadapan hotel penginapan kami....

Ahli-ahli rombongan bersantai di Waterfront selepas menikmati laksa Sarawak...

Destinasi pertama kami di Kuching ialah Semenggoh Wildlife Centre untuk melihat sendiri kehidupan orang utan yang unik dan hanya terdapat di negara kita ini.

Penat juga berjalan kaki di hutan Semenggoh sebelum tiba di tempat khas yang disediakan Jabatan Hutan untuk menyaksikan bagaimana kakitangan jabatan itu memanggil orang utan supaya turun makan. Satu pengalaman baru untuk aku dan anak2....


..bersama anak bujang dan intan payungku serta seorang anak saudara....

Hari kedua, kami bawa anak2 ke Jong Crocodile Farm pula melihat buaya dan haiwan-haiwan lain.


Apa yang 'menarik' dan agak memeranjatkan ketika kami membeli tiket ialah mengenai charge masuk yang dikenakan. Mereka mengenakan charge yang berbeza antara rakyat Sarawak dan outsider. Memandangkan kami orang luar, maka bayaran masuk yang dikenakan RM16 seorang berbanding RM8 jika anda rakyat Sarawak!

~tak sangka, ada juga peraturan sebegitu di negara kita ni rupanya ye....



Kami bernasib baik kerana datang tepat pada masa feeding buaya. So, dapatlah kami menyaksikan kehebatan sang bedal semasa makan....


Hari Sabtu, kami ke Serikin yang terletak bersempadanan dengan Indonesia. Walaupun cuaca agak panas tapi kami seronok shopping. Telekung dan kain baju antara item paling popular selain barangan kulit dan hasil kraftangan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.



Tidak sah kunjungan ke Kuching jika tidak mengabadikan kenangan di hadapan monumen kucing yang terkenal dan sungguh comel ini....
Sebenarnya ada tiga monumen kucing seperti ini tapi kami sempat bergambar dengan yang ini sahaja....


..bersama anak daraku dan adik bongsuku, Nursalina...
(gambar ini diambil waktu tengahmalam kerana keesokannya kami akan berangkat pulang...)

Percutian manis di Kuching akan kami kenang sampai bila2.....



Tuesday 15 March 2011

BELAJAR MENYEMAI BENIH

Dua minggu lalu pembantu rumah jiran sebelah memberi benih pokok kemboja Cina (betul ke namanya ni...?)
Pokoknya macam ni....

Bunganya pulak macam ni...





Aku pun terus semai dalam pasu kecil.
Tiga biji sepasu.
Selepas hampir 2 minggu macam ni hasil yang aku dapat...alhamdulillah.
Hampir satu inci kut tingginya....
macam pokok taugeh je...cuma warnanya hijau!



Pernah nampak biji benihnya tak?
Macam nilah.....




Ada 'sayap' macam bunga lalang. Secara tak langsung menggambarkan bagaimana ia survive dan membiak.
So, aku bubuh dalam beg plastik masa menjemurnya supaya tak berterbangan ditiup angin.
Mudah-mudahan ia dapat 'survive' dalam jagaannku.....