Monday 18 July 2011

MENYERIKAN LAMAN


Buang rumput dan sapu laman!
Tugasanku pagi tadi setelah beres urusan membasuh dan menjemur pakaian.

Semenjak menjadi penganggur terhormat lebih kurang 2 tahun ini...beginilah rutin harianku. Mengemas, memasak, menyapu dan membelek pokok selain menjadi driver kepada anak-anak.

Siapa kata surirumah takde kerja?
Hakikatnya, kerja-kerja rumah memang tak pernah habis! Dalam tidur pun teringat apa nak kena buat esok hari!

Penat menyapu laman, aku merayau ke nursery untuk mencari pokok bunga matahari. Entah kenapa, hati ini teringin benar menanam pokok berbunga besar dan berwarna kuning segar itu.

Malangnya, pokok yang dihajatkan tak ada....dan akhirnya aku membeli pokok berbunga ungu & pink ini....(kata budak di nursery tu...nama bunga ni ~bunga satay...iye ke?)


 yang ini ala2 pink bunganya......


 yang ini pulak purple terang....



Aku tanam atas tanah di celah2 pasu orkid. Berselang-seli antara yang pink dan purple. Berseri sikit lamanku ini....

Walaupun hajat nak tanam pokok bunga matahari tak tercapai tapi kunjungan ke nursery kali ini berbaloi juga....




Thursday 14 July 2011

BARANG HANTARAN ICAH/MAHZAN

Lain yang dicari, lain yang ku dapat!

Membelek foto album di dalam PC dengan tujuan ingin mencetak gambar2 anak daraku....sebaliknya aku terjumpa gambar barang-barang hantaran semasa majlis pernikahan sepupuku ~Norhafizah & suaminya Mahzan yang telah berlangsung pada 28/05/2011 lalu.

Hantaran ini adalah hasil usahasama kami sepupu2 pengantin perempuan. Walaupun tak sehebat kerja tangan mereka yang pro namun kami berbangga dengan hasilnya. Secara tidak langsung aktiviti gotong-royong ini menambah erat hubungan kami sekeluarga.

Tema warna dari pengantin perempuan oren + silver.
Ada 11 dulang semuanya......

  
Sireh junjung

Bekas cincin + bunga rampai
 ~lambat sgt ambik gambar, cincinnya dah ada di jari pengantin lelaki...


Gubahan tuala
 ~ini hasil kreativiti Maryam Jamilah, sepupuku...


Sepasang baju melayu



Jam tangan

 
Sepasang kasut



Coklat + gula-gula

  

Halwa betik


Buah-buahan
 ~pengantin memilih anggur + plum sahaja...



Kuih muih



Kek yang ditempah khas
~kek ini memang nampak sungguh menyelerakan....



Walaupun telah agak terlambat namun kami ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan kami sentiasa mendoakan agar rumahtangga yang baru dibina ini akan berbahagia dalam rahmat Ilahi dan berkekalan hingga akhir hayat.






Wednesday 13 July 2011

SERUPA? UURRMMMMM.....


Hari ini terasa nak menulis tentang bunga kemboja Cina yang sedang mekar di halamanku.
Ada 4 pasu semuanya tapi yang ingin ku kongsikan di sini ialah yang ini....


Warnanya menarik....merah menyala!!! ~aku memang sukakan merah... :)
Pokoknya belum berapa besar dan agak kurus. Minggu lepas ku potong batang tengahnya dengan harapan agar ia mengeluarkan tunas baru dan menjadi lebih rimbun. Tapi aku biarkan dua dahan kecil yang sedang berbunga sebagai penyeri.



Lihat pulak pokok yang di atas ni....
Serupa?
Warnanya memang sama...merah garang!

Tapi, cuba lihat baik2 pada kelopaknya.....
Yang ini kelopaknya double laaa.....lain sikit dari yang tadi tu...

Sebenarnya aku dah lama teringin yang jenis macam ni. Tapi, harganya mahal. Dah beberapa kali tengok kat Sg. Buloh tapi tak jadi beli sbb hubby asyik menjeling je macam tak approve!!! ...huhu

Entah macamana kunjungan ke Sg. Buloh bulan lepas membuahkan hasil. Taukeh tu bagi harga yg sangat reasonable... tu yang dapat sepasu tu... Sengaja ku pilih yang merah menyala memandangkan ia warna kegemaranku. 



Intan Payung ku teringin juga nak bergambar.....



Ini pandangan dari sisi untuk menyerlahkan keunikan kelopaknya yang bertingkat.....



SUBHANALLAH!!!

Saturday 9 July 2011

RIWAYAT SEKUNTUM ROS KUNING...

Beberapa minggu lalu aku membeli sepasu mawar kuning yang baru belajar berbunga. Pokoknya kecil sahaja dan harganya pun murah.

Kuning~ warna yang segar di mata.

Saban hari aku memerhatikan perkembangan bunga kuningku dengan berteman sebiji kamera agar dapat kuabadikan kecantikan kuntum-kuntumnya.

Inilah hasil pemerhatianku.....


Baru nak mula mekar ~ warnanya sangat menarik dan terang bila kuning mendominasi dengan sedikit sentuhan oren. Segar!


Yang ini dah kembang penuh. Warna kuningnya dah mula pudar sedikit...

Semakin lama warna kuning bertukar kehijauan bila hendak mula layu....


Akhirnya, warna coklat mula menguasai dan kuning kehijauan mula pudar....
Tak lama kemudian, gugurlah kelopaknya satu persatu....


Subhanallah....
semuanya kekuasan Mu ya Allah!!!!