Wednesday 10 August 2011

MARI BUAT LAKSA PAHANG

Menjelang Aidil Fitri, macam2 kenangan terbayang di minda. Paling manis pastinya pengalaman beraya semasa zaman kanak2....ye tak?
Tak perlu fikir apa2...cuma pergi kutip duit raya saja!


Bila dah berkeluarga, lain pula nostalgianya.
Pengalaman beraya paling indah bagiku ialah ketika menyediakan juadah santapan di pagi 1 Syawal. Memandangkan hubby orang Pekan, maka menu wajib kami mestilah laksa Pahang!

Jika sebelum ini aku tak tahu pun kewujudan laksa Pahang (yang hampir2 sama dengan laksa Johor) kini aku dah mahir bukan setakat menyediakan kuahnya malahan membuat sendiri mee laksa itu ~kalau kat Pekanlah. Other than that kena guna spagetti sebab takde mesin mee tu.


Di bawah ni gambar2 sepanjang proses pembuatan mee dan kuah laksa Pahang yang aku capture tahun lepas. Of course, it took place in Pekan...hehe

Sebenarnya, aku pun dah naik lupa entah kat mana aku save gambar2 ni....baru jumpa....


Mula2 kenalah uli tepung untuk dibuat mee. Guna tepung gandum.
Kalau dulu, kerja uli menguli ni terpaksa guna tangan tapi sekarang ada mesin penguli.... 


..inilah mesinnya...
senang sikit... tak lah berpeluh2...



...uli guna air suam sampai jadi lembut macam gambar kat atas ni....

Lepas tu masukkan dalam alat yang dipanggil 'gebuk' yang diperbuat daripada tembaga. 



Sebelum tu, kena siapkan dulu tempat nak masak mee tu... macam dalam gambar kat bawah ni....


 Bila dah pasang tangkai gebuk tu yang panjang (supaya senang nak putar dan jauh sikit dari api tu...panas woooo...) kenalah putar.

Pusing sampai habis tepung dalam gebuk tu.
Proses memutar gebuk tu dipanggil 'mengerek'....

Tapi jangan leka mengerek sampai penuh sangat kuali tu, nanti susah nak godek2 dan takut melimpah pulak air rebusan tu.


Tunggu sampai mee tu timbul ke permukaan, baru angkat...
haaaa...dah masaklah tu...


 Tapi belum boleh makan lagi sebab ada pulak proses yang dinamakan 'mengecap' di mana mee yang panjang2 tu di bentuk melingkar2 macam kuih maruku (versi lembutlah ye..)


 Bubuh mee dalam bekas ikut suka...lebih elok kalau bekas yang berlubang2 di bahagian bawahnya supaya air lebihan tak bertakung dan boleh dibuang.
Kalau mee tu bertindan antara satu sama lain pun takpe....



Dalam masa yang sama siapkan kuahnya.
Alaaa....lebih kurang je dengan kuah laksa Johor.


Ulam-ulam jangan dilupa. Kena siapkan daun kunyit, daun kesom, selasih dan satu lagi daun yang rupanya macam daun sireh tu...(lupalah pulak...)
Timun, taugeh dan kacang panjang. Buat sambal ~cili kering + garam dikisar halus. Goreng belacan dan tabur atas mee bila nak makan. 

Bila semua ready....hidangkan.
......yummy!

p/s: orang Pekan makan laksa tak guna sudu tau...guna tangan. Sebab tu dia orang taruk kuah sikit je....hehe



Tuesday 2 August 2011

ANAK DEMAM...ORKID PUN SAKIT...


Lima hari berada di hospital menjaga anak bujang yang tak berapa sihat. Lima hari jugalah bunga2 ku tidak kujengah.
Cuma mengharapkan simpati Yang Maha Pencipta yang menjadikan air hujan selain belas ihsan sang suami ~kalau dia rajinlah!! 


Entah apa silapnya si anak bujang tiba2 demam tengahmalam Ahad. Sedangkan sebelum itu elok saja...terjerit pekik menyaksikan perlawanan bolasepak antara Harimau Malaya dan Singapura.

Risau dibuatnya apatahlagi di saat2 peperiksaan hampir menjelang. Akhirnya terlepas juga menghadiri trial UPSR dan terpaksa mendudukinya bersendirian setelah keluar dari hospital.


Di rumah pula.....ini jadinya.....
Orkid2ku merajuk....

Sedihnya......
Yang tengah berbunga tiba2 rosak dihujungnya...tak sempat kembang dah jadi hitam dan gugur...



Biasanya...kalau nak gugur dan layui pun akan bermula di pangkal tapi kali ini pelik....gugur di hujung dulu....

Yang ini pun buruk di hujung....


Yang putih ni...tak sempat kembang pun dah gugur semua....

Kenapa ek?

Serangan serangga?
Tak cukup baja?
Tersalah baja?
Cuaca terlalu panas?