Salam sejahtera untuk semua......
Agak lama juga tak berkesempatan menjenguk ke sini. Rindu rasanya.....
Alhamdulillah, di pagi yang indah dan ceria ini dapat juga mencoret sesuatu untuk tatapan bersama.
Kebelakangan ini agak sibuk dengan dua perkara: pertama, urusan pemilihan sekolah buat anak bujang yang bakal memasuki alam menengah tahun depan. Kedua, khabar angin mengatakan bahawa hubby akan di transfer ke tempat lain bagi mengisi kekosongan jawatan di sebelah pantai timur. Most probably Kuantan.
Alhamdulillah urusan mengenai persekolahan anak bujang hampir selesai. Dua temuduga telah dihadirinya. Satu di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dan satu lagi di Institut al-Quran Kuala Lumpur (IQKL). Pihak IQKL telah memaklumkan bahawa si anak bujang berjaya mendapat tempat di sana manakala keputusan temuduga di MTNP akan dapat diketahui hari ini. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kami agar anak bujang diterima masuk ke MTNP dan bergelar al-hafiz suatu hari kelak. MTNP jadi pilihan utama kami kerana pelajar2 di sana menerima biasiswa penuh dari Yayasan Pahang. Sedangkan IQKL adalah sekolah swasta.
Selain itu, kami ada juga memohon dua buah sekolah lain di sekitar Kuantan. Just in case!
Dalam pada itu, nampaknya khabar angin yang kami dengar sejak hampir 2 bulan lalu mengenai pertukaran tempat kerja hubby rupanya benar. Pulang dari office malam tadi, hubby memaklumkan surat pertukaran telah diterima. Effective 01st January 2012. Nampaknya dah kena mula packing!
Well, Kuantan......here we come.....
p/s Yang penting aku dah survey kedai bunga/nursery yang menjual orkid dan dah jumpa 2 tempat!
yeeeehaaaa..... :)
yeeeehaaaa..... :)
No comments:
Post a Comment