Thursday, 22 December 2011

TAK TAU MANA NAK MULA.....


Masa dah semakin suntuk....cik abang nak kena lapor diri di Kuantan pada 01/01/2012.

 Rumah sewa dah dapat tapi penyewa akan keluar hujung bulan ni. So, barang2 kami belum boleh masuk lagi sehingga kami tahu keadaan dalam rumah tu. Most certainly banyak yang nak kena baiki. Paling tidak pun nak kena cat baru.

Kat rumah ni pulak, satu apa pun tak pack lagi....tak tau nak start dari mana....

Yang paling aku risaukan adalah bunga-bunga ku.....





Gambar2 di atas merupakan sebahagian pokok2 yang aku nak bawa ke Kuantan...

Sebahagiannya lagi aku rasa nak tinggal je...especially yang terlalu besar walaupun duduk dalam pasu. Takut susah nak susun bila kat rumah sewa nanti.

Orkid tak boleh tinggal ye!!!!

Aku dah war-warkan kepada dua orang adikku supaya ambil mana-mana pokok yang aku tak nak bawa. Biar mereka tanam kat rumah masing-masing.


Dalam pada itu, risau juga bila memikirkan kemungkinan ada pokok/bunga yang akan rosak semasa proses pindah nanti. Iyelah, nak angkat masuk kontena, lepas tu mengharungi perjalanan yang jauh. Then nak kena angkat turun kontena dan susun kat tempat baru pulak.

eeeeeiiiiii....ngeri!!!


Tawakkal ajelah....



2 comments:

  1. Selamat ke Kuantan..... Pokok merajuk kejap saja bila bawak jalan2 dengan lori.. bila letak semula di tempat baru, pokok akan senyum.., sampai pindah-randah seterusnya.
    Selamat berpacking.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Bangchik/Kakdah.

    Kalau setakat pokok merajuk sehari dua tu....ok lagi. Takut nanti ada yang nazak atau kiok terus... baru haru dibuatnya!!!

    p/s jom jenjalan ke kuantan!!

    ReplyDelete