Terasa nak merepek pasal SENYUM lah pulak hari ni.
alaaa......
macam ni....
manis, kan????
Aku memang tak sabar-sabar nak sebut isu ni sejak habis layan anak-anak mandi kat pool tadi.
Puncanya, kerana senyuman manisku tak berbalas....huhuhu
Dalam ramai-ramai hotel patron yang tunggu anak masa kat pool tadi, ada sorang adik ni...(maksudnya dia muda sikit dari aku....muda sikit aje ye...) layan anak-anak kecik dia sambil makan biskut.
Aku......biasalah.....tercegat sana sini untuk pastikan keselamatan anak2 seperti gaya seorang lifeguard....hehehe.
Sambil-sambil tu, toleh sana toleh sini....senyum sana, senyum sini.....
Malangnya, bila senyum kat adik yang tadi tu, dia tak balas pun. Sebenarnya itu percubaan yang keberapa entah. Dalam percubaan2 lain, dia tak pandang pun muka aku ni. Bak kata orang Jawa: no eye contact!!!!
Agaknya dia pemalu kut...aku bersangka baik.
Aku cuba lagi buat kali terakhir iaitu masa keluar dari changing room.
yeayyyyy...
dia senyum balik kat aku laaaa......
manis....
lebih manis dari Monalisa!!
Tapi, kenapa setengah-setengah orang tu susah nak senyum?
Dan setengah-setengah tu pulak suka menghindar dari bertentang mata? Maksud aku, suka buat-buat tak nampak. Seolah-olah macam kita yang besar depan mata dia tu....tak wujud aje.....
Tak apalah kalau taknak senyum sebab takut muka jadi macam ni....
Senyumlah.....
dapat pahala tau....
sebab senyum itu sedekah!!!!
Sampai jumpa lagi,
Senyum...tak perlu kata apa2. Sebenarnya itu pengerat silaturrahim.
ReplyDeleteBetul, betul, betul....
ReplyDeleteSekuntum senyuman ibarat seribu penawar bagi orang yang sedang sakit, juga penawar paling mujarab bagi orang yang sedang marah.
Tak gitu, cik JunAina.
Salam perkenalan... :)