Minggu lepas aku ke pasar borong Puchong dan ternampak nursery menjual pokok dekat dengan pintu keluar. Saja singgah dengan tujuan membeli racun siput yang mengganggu orkidku.
Ternampak pulak pokok bunga ros kuning+oren yang sedang lebat berbunga. Harganya RM10 sepasu. Bunganya kecil-kecil comel. Geram dibuatnya. Hubby senyum sinis masa aku letakkan pokok dalam kereta dengan muka selamba. Hehehe....
Hujung minggu pulak balik Kelang ziarah orangtua. Dapat present sepasu pokok 'tenggek burung' pemberian Maklong. Iya ke nama tu? Tapi aku tahu justifikasi nama itu adalah sempena bentuk bunganya yang kelihatan seperti seekor burung sedang bertenggek di dahan. Itulah kekuasaan Allah.
Dalam gambar ni tak nampak sangat. Kalau ambik dari angle tepi maybe jelas sikit...
Nama saintifiknya...wallahu a'lam.
Puan.
ReplyDeleteIni pertama kali mendengar nama pokok tenggekn burung. Mungkin ada nama yang lain untuk pokok ini. Kalau dapat nanti boleh kita berkongsi ilmu.
Apapun, terimakasih kerana mempersembahkan satu Laman yang menarik.
Tuan Madi,
ReplyDeletenama 'Tenggek Burung' itu diberi oleh Maklong saya berdasarkan rupa bentuk bunganya. Saya pasti ada nama lain yang saya tak tahu...
BTW terima kasih atas pujian...saya ni baru belajar mengenal tumbuhan. Rugi rasanya kalau tak mencari maklumat. Tuan tentu lebih banyak pengalaman. Sudi2kanlah berkongsi....
Tahniah atas pembelian ros tu. Ros oren tu pun memang kegemaran saya juga. Boleh dikatakan lebat bunganya di laman saya dan kawan2 yg lain. Jadi pilihan kak Ana tu tepat dan berbaloi pada pendapat saya :)
ReplyDeletewow,cantiknya,..saya pn bru berjinak2 ngn bunga minat.bru ada 8 pasu,..nnt saya upload gmbr rose saya,..
ReplyDelete