Sunday, 1 August 2010

JOM GOTONG ROYONG!


Petang semalam aku menziarahi sepupu yang sedang bertarung nyawa akibat denggi berdarah di ICU Hospital Seremban sejak petang Jumaat. Keadaannnya diburukkan lagi dengan penyakit darah tinggi dan kencing manis yang memang dah ada sejak beberapa tahun lalu. Beliau kini tidak sedarkan diri dan terpaksa menjalani dialisis akibat kegagalan buah pinggang. Orangnya muda lagi...baru awal 30-an. Anak-anak kecil lagi......Ya Allah.....hanya kepadaMu kami berserah.


Sehari sebelum itu, aku dapat khabar anak buah sepupu berusia 5 tahun pun dimasukkan ke hospital kerana disyaki menghidap denggi. Alhamdulillah...didapati sihat dan sudah discharge petang semalam.

Syukur...ya Allah!


DENGGI~ takut menyebut namanya.

Jauhkanlah kami dari penyakit ini ya Allah....


Statistik Kementerian Kesihatan mencatatkan 73 kematian akibat denggi bagi tahun lalu. Secara keseluruhan, terdapat 28,592 kes denggi dilaporkan termasuk 1,480 kes denggi berdarah. Sementara itu empat negeri; Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang mencatatkan tahap yang kritikal.


So, atas kesedaran ini aku bercadang mengadakan operasi besar-besaran pembersihan rumah pada hari ini.


Tambahan pula Ramadhan bakal menjelang diikuti Aidil Fitri sebulan kemudian. Inilah masa yang paling sesuai untuk membersih dan mengemas rumah dan kawasan sekitarnya.
errmmmmm....terlanjur mengemas ni......kalau hubby nak tukar warna cat dinding pun bagus juga.....hehe


Apa lagi.....jom GOTONG ROYONG!!!!!!




3 comments:

  1. Semoga sihat sentiasa hendaknya!

    ReplyDelete
  2. Armouris: Salam perkenalan dan terima kasih atas info. InsyaAllah akan saya jenguk nanti.

    Tuan Madi: Terima kasih atas doa, semoga tuan sekeluarga juga dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

    ReplyDelete