Lain yang dicari, lain yang ku dapat!
Membelek foto album di dalam PC dengan tujuan ingin mencetak gambar2 anak daraku....sebaliknya aku terjumpa gambar barang-barang hantaran semasa majlis pernikahan sepupuku ~Norhafizah & suaminya Mahzan yang telah berlangsung pada 28/05/2011 lalu.
Hantaran ini adalah hasil usahasama kami sepupu2 pengantin perempuan. Walaupun tak sehebat kerja tangan mereka yang pro namun kami berbangga dengan hasilnya. Secara tidak langsung aktiviti gotong-royong ini menambah erat hubungan kami sekeluarga.
Tema warna dari pengantin perempuan oren + silver.
Ada 11 dulang semuanya......
Ada 11 dulang semuanya......
Sireh junjung |
Bekas cincin + bunga rampai |
~lambat sgt ambik gambar, cincinnya dah ada di jari pengantin lelaki...
Gubahan tuala |
~ini hasil kreativiti Maryam Jamilah, sepupuku...
Sepasang baju melayu |
Jam tangan |
Sepasang kasut |
Coklat + gula-gula |
Halwa betik |
Buah-buahan |
~pengantin memilih anggur + plum sahaja...
Kuih muih |
Kek yang ditempah khas |
~kek ini memang nampak sungguh menyelerakan....
Walaupun telah agak terlambat namun kami ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan kami sentiasa mendoakan agar rumahtangga yang baru dibina ini akan berbahagia dalam rahmat Ilahi dan berkekalan hingga akhir hayat.
No comments:
Post a Comment