Wednesday, 2 June 2010

#KUTUK KEKEJAMAN ISRAEL#

Dalam keadaan di mana seluruh dunia sedang memberi tumpuan terhadap misi bantuan ke Palestine~Lifeline for Gaza (LL4G) yang diserang hendap oleh askar Yahudi sehingga menyebabkan ramai terbunuh, aku tak dapat menahan diri dari menulis entry ini. Berita yang dipetik dari akhbar Berita Harian On-line di bawah adalah bertujuan menunjukkan betapa Israel-Yahudi sebenarnya tidak akan pernah putus asa menghapuskan umat Islam dengan apa cara sekalipun.

Israel ancam halang kapal

2010/06/02BAITULMAQDIS: Israel memberi amaran akan terus menghalang semua kapal bantuan daripada mendekati Gaza yang ditawan, sementara aktivis pula berikrar untuk merempuh halangan walaupun misi terbaru mereka berakhir dengan pertumpahan darah.
Amaran dibuat Pegawai Kanan Pertahanan Israel ketika polisnya memenjarakan atau menghantar pulang beratus-ratus aktivis yang ditahan selepas kapal Gaza dikepung komando negara Yahudi itu dalam serbuan awal pagi di perairan antarabangsa kelmarin, mengakibatkan sembilan terbunuh. Serbuan yang mencetuskan kemarahan antarabangsa itu memaksa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membatalkan lawatan ke Washington bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Barack Obama.
“Kami tidak membenarkan kapal mendekati Gaza dan menghantar bekalan,” kata Timbalan Menteri Pertahanan, Matan Vilnai kepada radio awam. – AFP


Marilah sama -sama kita doakan agar Allah memberi pertolongan kepada pasukan sukarelawan yang terlibat dalam misi tersebut.

No comments:

Post a Comment