Dah balik dari JB malam tadi. Hampir jam 12 tengah malam baru tiba di rumah. Letih kenduri kahwin belum hilang nak kena uruskan rumah yang dah ditinggalkan 4 hari. Basuh baju, sapu sampah, mop lantai....kerja2 yang biasalah.
Ni rehat sekejap..... jenguk blog dulu.
Majlis kenduri kahwin anak buah di JB telah berlangsung dengan meriah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah ramai tetamu yang datang. Makanan pun cukup.....dan yang penting, sedap......
Nak ceritanya....dekorasi majlis tu yang sangat menarik, sedap mata memandang. Pengantin yang cantik bersanding di ataspelamin yang dihias indah ala2 garden wedding, gitu!
Bunga2 yang digunakan....bunga kesukaanku~ orkid! Di mana2 ada orkid. Depan pelamin, tepi pelamin malahan bergantungan atas pelamin (sebagai ceiling). Banyaknya orkid......
Ada water feature di kiri kanan pelamin. Backdrop pulak ada air mengalir. Nyaman sekali.
Selesai majlis, apa lagi...... esok paginya aku dan ipar duai 'mengerjakan' bunga2 orkid yang ada. Kami gubah sesuka hati menjadi jambangan indah dan tinggalkan untuk tuan rumah. Ada juga yang diberi kepada jiran dan teman2 rapat tuan rumah sebagai kenangan dan penghargaan setelah berpenat lelah membantu sepanjang majlis berlangsung.
Kami semua pulang dengan rasa puas bukan sahaja kerana telah menjayakan majlis malahan dibekalkan dengan bunga2 orkid yang aku gubah~tapi memandangkan susahnya nak menjaga sepasu gubahan bunga dalam kereta dari JB ke Bangi maka aku bawak balik yang loose dan gubah sendiri di rumah.
No comments:
Post a Comment