Wednesday, 31 October 2012

ORKIDKU SELESA DI TEMPAT BARU...



Dah agak lama tak bersembang pasal orkid kat sini.
Bukan merajuk atau apa.... cuma tak berapa bersemangat...huhu

Sebabnya?
Orkid-orkid sedang dalam proses untuk kembali sihat. Atau lebih tepat lagi...dalam proses pemulihan!

Trauma akibat berpindah awal tahun ini sungguh parah. Ada yang luka, patah dan tak kurang yang mengalami gangguan perasaan sehingga tak mahu berbunga...(eh, pokok pun mengalami gangguan perasaan???)

Apapun, kesannya sudah mula berkurang. Anak-anak baru dah mula muncul. Sebahagian pula sudah mula mengeluarkan bunga.

Tuan orkid dah mula bersemangat semula....hehehe
Cuaca hari ini redup dan nyaman. Hujan renyai baru berhenti. Tuan orkid bersantai-santai menikmati warna-warni orkid indah ciptaan Allah sambil mengambil gambar.....

Ini antara yang sedang berkembang di halaman....






  

 
 




alahaiiii...lupa pulak nak ambil gambar kudup-kudup yang belum berkembang....


eh, ini ada satu...
 
Tak lama lagi kembang lah tu.....
 


Sampai jumpa lagi, 

-johana-

2 comments:

  1. Banyaknya bunga...mesti semangat berkobar2 balikkan. Puas hati tengok bunga cantik yang mekar berkembang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jun, betul tu. Melihat keindahan alam merupakan terapi paling mujarab utk hilangkan stress. Tapi, yg ada ni tak banyak mana pun....masih dalam proses belajar kenal pokok! :)

      Delete