Tuesday, 30 October 2012

SALAM AIDIL ADHA ~w/pun terlewat...



 




Semalam (Isnin) merupakan hari terakhir umat Islam melaksanakan ibadah qurban. Ini bermakna Aidil Adha 2012 telah melabuhkan tirainya. Semoga qurban yang kita laksanakan dikira sebagai ibadah dan diberi ganjaran pahala oleh Allah swt. 

Jemaah haji yang berada di tanah suci juga bakal pulang tidak lama lagi. Penerbangan pertama jemaah Malaysia dijangka tiba pada 01hb. November 2012. Mudah-mudahan mereka mendapat haji yang mabrur.

Kami sekeluarga menyambut Aidil Adha dengan rutin baru. Maklumlah, ini merupakan Aidil Adha kami yang pertama semenjak berpindah ke Kuantan pada awal tahun. 

Kali ini, kami tak beraya di Kelang kerana hubby tak dapat cuti. Tak mengapalah, kerana Aidil Fitri lalu hubby dah dapat cuti. Bagi peluang office mate yang lain pula balik kampung.

Juadah raya? Paling simple.
Malam raya kami rebus ketupat segera. Bangun awal sebelum subuh untuk prepare kuah kacang (segera juga...hehehe), sayur campur dan ayam masak kicap. Simple, kan.....
 

Alhamdulillah...pagi-pagi raya, kakak ipar yang tinggal depan rumah menghantar sepinggan sate dan tapai pulut (buatan sendiri, katanya!). Syukur, alhamdulillah....
Orang memberi, kita merasa. Kami balas dengan ayam masak kicap saja...


Selesai solat sunat Aidil Adha dan breakfast, kami buat sessi fotografi.


Inilah hasilnya..........

Kami sekeluarga....

Ini juga......

Ummi dan si Intan Payung....sama bulat!...hehehe

Ada lagi....
Anak-anak ayah dan ummi....
 ...dan lagi.....

Anak bujang dah lebih tinggi dari ummi....

Penat bergambar, kami bersiap balik ke Pekan menjenguk Tok sebelum hubby bersiap untuk ke pejabat pula.


 
Sampai jumpa lagi, 

-johana-

No comments:

Post a Comment