Friday 3 June 2011

SIBUK KENDURI

Hampir dua minggu bunga-bunga di lamanku terabai. Semuanya gara-gara menyibukkan diri dengan persiapan majlis pernikahan adik sepupu yang sudah dianggap adik sendiri ~Noor Hafizah Ahmad Jamji pada 29/05 yang baru lalu.


Tugasanku: gubahan hantaran, bilik pengantin dan flower girl.


Jenuh juga memerah otak mencari idea yang sesuai dengan selera pengantin. Maklumlah amatur! Semuanya dibuat dengan prinsip try and error.


Syukur alhamdulillah, majlis telah selesai dan pengantin puas hati....


So, Selamat Pengantin Baru buat Noor Hafizah dan Ahmad Mahzan Bohari. Semoga rumahtangga yang baru dibina akan terus berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.




Pengantin nak konsep moden untuk bilik tidur (dan segala-galanya)....kecuali gazebo untuk majlis berinai dan potong kek. Perlu berunsur tradisional sebab pengantin akan mengenakan kebaya songket.


Inilah hasilnya hiasan bilik tidur pengantin. Ada kelainan sedikit sebab tidak menggunakan curtain sebagai backdrop nya. Konsep warnanya ialah merah putih.


Hiasan berbentuk segiempat tu sebenarnya cermin. Ada 5 keping semuanya. Kami lekat dengan double-sided tape saja sebab tak ada siapa nak tolong drill dinding tu...
Syukur, tak jatuh!!




Ini si Intan Payungku, bergaya dengan baju flower girlnya.
Bunga orkid kat pinggang tu, ku ambil dari gubahan bunga side table di bilik tidurku. Warnanya sesuai dan menjimatkan sebab tak perlu membeli!!






Ini pulak sebahagian petugas di majlis tersebut. Semuanya sepupu dan saudara mara terdekat. Masing-masing dengan tugasan tersendiri.

Apapun, terima kasih banyak kepada tuan rumah kerana mensponsor baju yang cantik untuk kami....


Terima kasih daun keladi!!!