Friday 30 December 2011

::KEJUTAN YANG INDAH UTK B'DAY BOY::


Hujung minggu lalu, adik-adik ku datang berkunjung dan bermalam di rumah kami. Serentak itu, mereka mengadakan surprise party buat anak bujangku yang baru saja mencecah usia 12 tahun pada 17/12 yang lalu.


Seperti jangkaanku, bila tiba giliran birthday si abang maka si adik Intan Payung akan mula 'membuat perangai'. Kali ini pun tak terkecuali. Muka si adik serta merta jadi masam mencuka dan airmata mula mengalir bila nampak kek di atas meja. Alasannya senang saja~ abang tak boleh sambut birthday!!! ...haiyaaaaa.....


Keadaan hanya kembali tenang bila Mak Lang dan Chu nya memujuk dengan memberitahu bahawa sambutan harijadi kali ini adalah untuk mereka berdua. Buktinya ~ ada dua nama atas kek!!! (w/pun birthday si adik adalah pada Februari).

Mujur si abang selalu beralah. Mungkin beza usia yang jauh antara mereka berdua (7 tahun) menyebabkan si abang cepat matang. Tambahan pula, si abang dah 12 kali sambut birthday!!!! Dah tak kemaruk dengan birthday party, agaknya.....hehee 



Seperti biasa, si adik akan terlebih 'perasan' bila bab birthday party.....

...tengok ajelah......siapa yg tiup lilin tu.....

..tengok pulak...siapa yg sibuk nak potong kek????


besarnya nganga......

 
si Intan Payung dah tak merajuk lagi....
Siapa boleh teka.....kenapa Ajam tak guna garfu tu????? 
Anas kata dia tak tahu!!!
 
...akhirnya Ajam dapat menikmati kek yang lazat....


Saifuddin...budak comel....









Apapun, terima kasih kepada semua yang datang meraikan harijadi Aiman Faruqi terutama kepada Mak Lang dan Chu yang sponsor kek Chocolate Indulgence yang sungguh marvellous. 

Terima kasih daun keladi!!!




Thursday 22 December 2011

TAK TAU MANA NAK MULA.....


Masa dah semakin suntuk....cik abang nak kena lapor diri di Kuantan pada 01/01/2012.

 Rumah sewa dah dapat tapi penyewa akan keluar hujung bulan ni. So, barang2 kami belum boleh masuk lagi sehingga kami tahu keadaan dalam rumah tu. Most certainly banyak yang nak kena baiki. Paling tidak pun nak kena cat baru.

Kat rumah ni pulak, satu apa pun tak pack lagi....tak tau nak start dari mana....

Yang paling aku risaukan adalah bunga-bunga ku.....





Gambar2 di atas merupakan sebahagian pokok2 yang aku nak bawa ke Kuantan...

Sebahagiannya lagi aku rasa nak tinggal je...especially yang terlalu besar walaupun duduk dalam pasu. Takut susah nak susun bila kat rumah sewa nanti.

Orkid tak boleh tinggal ye!!!!

Aku dah war-warkan kepada dua orang adikku supaya ambil mana-mana pokok yang aku tak nak bawa. Biar mereka tanam kat rumah masing-masing.


Dalam pada itu, risau juga bila memikirkan kemungkinan ada pokok/bunga yang akan rosak semasa proses pindah nanti. Iyelah, nak angkat masuk kontena, lepas tu mengharungi perjalanan yang jauh. Then nak kena angkat turun kontena dan susun kat tempat baru pulak.

eeeeeiiiiii....ngeri!!!


Tawakkal ajelah....



Wednesday 21 December 2011

UNGU....ATAU BIRU???


Si kelopak lebar ni sedang mekar di lamanku.

Di mataku...warnanya ungu.
Tapi bila ibu saudaraku kata: "waahhh...cantiknya yang warna biru ni..." sambil membelai si kelopak lebar ni...maka aku menjadi tersangatlah confuse.

Dalam hati tertanya-tanya juga sama ada penglihatanku dah mula bermasalah seiring dengan peningkatan usiaku ini....atau aku dah jadi rabun warna sekarang?

Aduhai......


...biru...atau ungu?????


 Apapun, aku sangat gembira dan bersyukur kerana masih diberi kesempatan oleh Allah menikmati keindahan alam ciptaanNya ini....

Walaupun mungkin  bagi setengah-setengah orang orkid jenis ini adalah 'orkid biasa-biasa' tapi bagi aku yang masih amatur ni....melihatnya berkembang merupakan satu kegembiraan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata....

 Subhanallah....indahnya ciptaan Allah...

Tambahan pula dah hampir setahun dia merajuk...tak nak berbunga....
Ini baru je dapat pujuk.... 

Mudah-mudahan lepas ni tak merajuk lagi ye....




Monday 19 December 2011

::BIRTHDAYBOY~17/12/2011::


17/12/2011 ulangtahun ke-12 anak bujang kami ~AIMAN FARUQI.

masa ni tengah temankan adiknya main di playground tingkat 3 JPN Putrajaya...

Birthday party???

Sure..... :)
cuma lokasinya lebih special...... 
di Jabatan Pendaftaran Negara......
kena buat Kad Pengenalan daaaa.......remember?

hehehe....

takboleh nak senyum sebab malu kena posing kat tepi dinding....hehe

 Apapun, ayah dan ummi ucapkan Selamat Ulangtahun. Kami sentiasa mendoakan semoga Faruqi jadi anak soleh dan apa yang dicita-citakan akan menjadi kenyataan kelak. 

Semoga peningkatan usia menjadikan kamu semakin matang dan bijaksana dalam mengharungi cabaran yang mendatang.....
Ameen.




Friday 16 December 2011

HIJRAH....



Assalamualaikum......
Salam sejahtera untuk semua......

Agak lama juga tak berkesempatan menjenguk ke sini. Rindu rasanya.....
Alhamdulillah, di pagi yang indah dan ceria ini dapat juga mencoret sesuatu untuk tatapan bersama.

Kebelakangan ini agak sibuk dengan dua perkara: pertama, urusan pemilihan sekolah buat anak bujang yang bakal memasuki alam menengah tahun depan. Kedua, khabar angin mengatakan bahawa hubby akan di transfer ke tempat lain bagi mengisi kekosongan jawatan di sebelah pantai timur. Most probably Kuantan.

Alhamdulillah urusan mengenai persekolahan anak bujang hampir selesai. Dua temuduga telah dihadirinya. Satu di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dan satu lagi di Institut al-Quran Kuala Lumpur (IQKL). Pihak IQKL telah memaklumkan bahawa si anak bujang berjaya mendapat tempat di sana manakala keputusan temuduga di MTNP akan dapat diketahui hari ini. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kami agar anak bujang diterima masuk ke MTNP dan bergelar al-hafiz suatu hari kelak. MTNP jadi pilihan utama kami kerana pelajar2 di sana menerima biasiswa penuh dari Yayasan Pahang. Sedangkan IQKL adalah sekolah swasta.

Selain itu, kami ada juga memohon dua buah sekolah lain di sekitar Kuantan. Just in case!
Dalam pada itu, nampaknya khabar angin yang kami dengar sejak hampir 2 bulan lalu mengenai pertukaran tempat kerja hubby rupanya benar. Pulang dari office malam tadi, hubby memaklumkan surat pertukaran telah diterima. Effective 01st January 2012.  Nampaknya dah kena mula packing!


Well, Kuantan......here we come.....



p/s Yang penting aku dah survey kedai bunga/nursery yang menjual orkid dan dah jumpa 2 tempat! 
yeeeehaaaa.....  :)





Wednesday 2 November 2011

FIKIR-FIKIRKAN....


Salam buat semua.......
Kali ini teringin berkongsi coretan Dr. Zainur Rashid Zainuddin yang baru ku baca sebentar tadi. Buat renungan bersama... 

Jika ingin mengenali dan mengutip pengalaman beliau sila layari: 
www.zainurrashid.com 



~Sekadar hiasan~

Tajuk: Biarkanlah usikan nakal itu berlalu...

Senario A
Anda memakaikan tudung buat anak gadis anda yang baru berumur 8 tahun bagi membiasakannya untuk menutup aurat sebelum baligh lagi. Ketika menemaninya menghadiri majlis sukan sekolah, seorang wanita yang turut menemani anaknya mencebik mulutnya ketika melihat anak gadia anda yang bertudung seraya berkata: "Hari ini hanyalah majlis sukan sekolah, janganlah kolot sangat dengan susah-payah bertudung tu!". 
Apakah yang seharusnya anda jawab ?

Senario B
Anda sedang bermain boleh pantai bersama rakan-rakan sepengajian. Seusai permainan tersebut, anda bersolah zuhur secara berjamaah di bawah sepohon pokok tetapi hanya bersejadahkan pepasir kering di persisiran pantai kerana tiada masjid atau surau di kawasan yang berdekatan. Tiba-tiba sepasang merpati dua sejoli berjalan di kawasan yang berhampiran sambil pasangan lelakinya mengejek: "Kalau ye pun nak sembahyang atau nak tunjuk alim, tapi janganlah ekstrim sangat brader!".
Apakah jawapan yang terbaik anda untuk sijejaka tersebut?

Senario C
Anda menyertai rakan-rakan anda mengambil bahagian di dalam aktiviti dakwah kerana menginsafi bahawa anak bangsa anda adalah orang yang lebih dekat dengan anda. Namun rata-rata ramai di kalangan anak bangsa generasi muda seperti anda yang terlibat dengan gejala sosial, gejala lepak dan penyalah-gunaan dadah, kurang bermotivasi dan tidak berwawasan, jauh daripada amalan agama dan pelbagai masalah lain yang sepatutnya diperbetulkan secara sistematik. Tiba-tiba ada kenalan anda mengatakan bahawa anda dan rakan-rakan dakwah anda berfikiran sempit, kelompok pemecah-belah, kumpulan yang introvert, asobiyyah dan pelbagai bentuk tohmahan dan ejekan yang lain. Apakah jawapan yang bakal anda berikan kepada mereka?

Berikut adalah beberapa kemungkinan jawapan yang boleh anda pilih :
  • Jawab balik tohmahan mereka dengan ejekan yang sewajarnya
  • Kritik mereka semula di wall facebook mereka
  • Jawab herdik mereka dengan hujah al-Quran dan hadith
  • Ajak mereka berdebat secara terbuka kerana meyakini Islam tertegak dengan hujah dan dalil
  • Anda tidak menjawab melainkan dengan mencebikkan mulut
  • Anda buat-buat tak dengar sahaja
  • Anda senyum sambil mendoakan agar mereka diberikan hidayah
Namun di dalam banyak keadaan, mendiamkan sahaja ejekan nakal ini adalah lebih baik kerana :
  • Anda tidak turut sakit hati dan boleh mengelakkan marah yang berpanjangan
  • Anda tidak membuang masa dan boleh menumpukan kepada tugasan yang lebih bermanfaat
  • Hujah-hujah anda yang hebat itu juga mungkin tidak boleh mengubah sikap mereka yang kekal nakal
  • Tidak melayan mereka memberikan peluang untuk anda memberikan penumpuan kepada sasaran anda yang dahagakan cahaya kebenaran
  • Ejekan mereka memberi peluang anda lebih berpahala dan peluang bermuhasabah kerana ada kemungkinan anda juga melakukan kesilapan
  • Senyum manis anda dan doa munajat akan melatih anda mendidik nafsu sendiri disamping memungkinkan Allah swt memberi petunjuk kepada mereka
Seorang pencinta kebaikan seharusnya berperangai dengan akhlak yang mulia sehingga pengaruh ilmu itu ternampak dan tercermin pada peribadinya, aqidah dan juga ibadahnya. Perilakunya boleh menjadi contoh dan teladan bagi orang-orang lain serta bakal menarik hidayah daripada Allah swt. Jika perilaku dan perangai  kita pun seumpama mereka iaitu berlawanan dengan nilai akhlak yang mulia maka seruan kita akan gagal. Kalau pun berhasil, maka natijahnya sudah tentulah merupakan hasil yang kecil sahaja.


Seorang pencinta kebenaran harus bersabar di dalam menghadapi rintangan dakwahnya atau ketika berhadapan dengan ejekan nakal daripada penentang atau mereka yang mencemburui seruannya. Adalah menjadi resam perjuangan kerana setiap seruan yang mengajak kepada Allah pasti mendapat tentangan sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:


“Dan seperti itulah telah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa. Dan cukuplah Rabbmu menjadi pemberi petunjuk dan penolong”. (Surah al-Furqan: ayat 31).


kredit kepada zainurrashid.com 



 Coretan di atas amat menarik perhatianku kerana aku sendiri pernah mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu. Kejadian tersebut berlaku di zaman anak dara dahulu iaitu ketika aku sedang menuntut di sebuah universiti awam di ibu kota. Suatu hari, teman baikku mengajakku menyaksikan pertandingan akhir Muzik-Muzik (sekarang dikenali sebagai Juara Lagu) di PWTC. 

Kami pergi bertiga. Sebelum masuk ke dewan menyaksikan konsert, kami singgah di surau bagi menunaikan solat maghrib. Beberapa pemuda Melayu (Islam) yang sedang melepak tidak jauh dari surau menegur dan mengganggu kami yang bertudung dan kata-kata sindiran: "you all salah tempat kut....ini bukan pertandingan Tilawah al-Quran la..." 

Benarlah seperti saranan Dr. Zainur Rashid ~kami diamkan sahaja dan berdoa di dalam hati semoga mereka diberi hidayah oleh Allah....


Saturday 15 October 2011

JALAN-JALAN CARI ORKID


...hohoho...last entry ku bulan Ogos....haiya....lamanya.....

Apa nak cerita ye?
ha...cerita pasal pameran kat Tasik Cempaka lah.....

Baru-baru ni (awal bulan) ada pameran dan jualan pokok buah-buahan dan bunga-bungaan di Taman Tasik Cempaka, Bangi. Kalau tak silap pameran seperti ini diadakan dua tahun sekali.

Sempat juga mencuci mata....actually dua kali..hehe..
Kali pertama pergi dengan anak-anak. Kali kedua pula, bawa 2 orang mak sedara yang gilakan orkid. Dapat juga menyambar beberapa anak orkid ~walaupun hati berkenan kat pokok yang dah besar dan berbunga tu...tapi mahal sangat la.....


Dapat ambik gambar bawak balik je.....
Jom jamu mata....

Cattleya kuning yang memikat hati....


..yang ni pulak bercorak batik...


..kuning lagi....



Tiger orchid...panjang spike nya...



Phal yg macam ni aku dah ada...beli kat Sungai Buloh sebagai birthday  present untuk diri sendiri September lalu.. hehe



 yang warna coklat pun cantik juga....



...si sotong yang macam ni aku ada beli kat Lum Chin Nursery, Happy Garden, Jalan Kuchai Lama bulan lepas...diperkenalkan oleh kawan facebook. Harganya RM30 sepasu.



Dendro purple ni RM12 je sepasu...cantik...


eh, yang ni bukan species baru orkid ye....
tak silap lagi...ini memang cili...hahaha
saje2 ambik gambar cili ni sebab tertarik dengan warna orennya!



Wednesday 10 August 2011

MARI BUAT LAKSA PAHANG

Menjelang Aidil Fitri, macam2 kenangan terbayang di minda. Paling manis pastinya pengalaman beraya semasa zaman kanak2....ye tak?
Tak perlu fikir apa2...cuma pergi kutip duit raya saja!


Bila dah berkeluarga, lain pula nostalgianya.
Pengalaman beraya paling indah bagiku ialah ketika menyediakan juadah santapan di pagi 1 Syawal. Memandangkan hubby orang Pekan, maka menu wajib kami mestilah laksa Pahang!

Jika sebelum ini aku tak tahu pun kewujudan laksa Pahang (yang hampir2 sama dengan laksa Johor) kini aku dah mahir bukan setakat menyediakan kuahnya malahan membuat sendiri mee laksa itu ~kalau kat Pekanlah. Other than that kena guna spagetti sebab takde mesin mee tu.


Di bawah ni gambar2 sepanjang proses pembuatan mee dan kuah laksa Pahang yang aku capture tahun lepas. Of course, it took place in Pekan...hehe

Sebenarnya, aku pun dah naik lupa entah kat mana aku save gambar2 ni....baru jumpa....


Mula2 kenalah uli tepung untuk dibuat mee. Guna tepung gandum.
Kalau dulu, kerja uli menguli ni terpaksa guna tangan tapi sekarang ada mesin penguli.... 


..inilah mesinnya...
senang sikit... tak lah berpeluh2...



...uli guna air suam sampai jadi lembut macam gambar kat atas ni....

Lepas tu masukkan dalam alat yang dipanggil 'gebuk' yang diperbuat daripada tembaga. 



Sebelum tu, kena siapkan dulu tempat nak masak mee tu... macam dalam gambar kat bawah ni....


 Bila dah pasang tangkai gebuk tu yang panjang (supaya senang nak putar dan jauh sikit dari api tu...panas woooo...) kenalah putar.

Pusing sampai habis tepung dalam gebuk tu.
Proses memutar gebuk tu dipanggil 'mengerek'....

Tapi jangan leka mengerek sampai penuh sangat kuali tu, nanti susah nak godek2 dan takut melimpah pulak air rebusan tu.


Tunggu sampai mee tu timbul ke permukaan, baru angkat...
haaaa...dah masaklah tu...


 Tapi belum boleh makan lagi sebab ada pulak proses yang dinamakan 'mengecap' di mana mee yang panjang2 tu di bentuk melingkar2 macam kuih maruku (versi lembutlah ye..)


 Bubuh mee dalam bekas ikut suka...lebih elok kalau bekas yang berlubang2 di bahagian bawahnya supaya air lebihan tak bertakung dan boleh dibuang.
Kalau mee tu bertindan antara satu sama lain pun takpe....



Dalam masa yang sama siapkan kuahnya.
Alaaa....lebih kurang je dengan kuah laksa Johor.


Ulam-ulam jangan dilupa. Kena siapkan daun kunyit, daun kesom, selasih dan satu lagi daun yang rupanya macam daun sireh tu...(lupalah pulak...)
Timun, taugeh dan kacang panjang. Buat sambal ~cili kering + garam dikisar halus. Goreng belacan dan tabur atas mee bila nak makan. 

Bila semua ready....hidangkan.
......yummy!

p/s: orang Pekan makan laksa tak guna sudu tau...guna tangan. Sebab tu dia orang taruk kuah sikit je....hehe