Tuesday 7 February 2012

SEMOGA AKU JADI JIRAN YANG BAIK






“Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.” (an-Nisaa’: 36)

Terbaca ayat di atas semasa mencari bahan untuk tesis tadi. 
Lantas teringin mencoret sesuatu di sini. Terasa seakan maksud ayat tersebut ada kena mengena dengan diri ku...

Apatah lagi, fikiran asyik terarah kepada isu pindah rumah.
Bermacam persoalan mula muncul bila waktunya semakin dekat.

Iyelah, Kuantan tu jauh juga dari KL ni...4 jam juga kalau aku yg drive.
Maksudnya, tak akan dapatlah jumpa adik2 dan keluarga di Klang selalu...huhu
Sedangkan akulah yellow pages mereka. Kalau ada family yang sakit, bersalin atau ada kematian, akulah antara yang terawal dapat tahu dan sampai di 'tempat kejadian'. 
Malangnya, keadaan akan berubah...
Tapi tak mengapalah...
Selain itu, aku juga terfikir macamana agaknya neighbourhood di tempat baru nanti?
Ada tak yang busybody macam kat Cheras dulu? 
Atau orangnya baik-baik macam kat Bangi ni?

Bukan maksudku, orang Cheras tak baik...
Kat nmana-mana dalam dunia ni memang ada seribu satu character manusia.
Kitalah yang kena pandai-pandai pilih kawan dan sesuaikan diri.

Perinsip aku dalam mudah saja...buat baik kepada semua orang sebagaimana maksud ayat di atas tadi dan ikut nasihat Rasullullah dalam sabda baginda:

Sebaik-baik manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.

Ulamak menghuraikan hadis itu dengan mengatakan bahawa Allah akan berbuat baik kepada diri orang yang berbuat baik kepada orang lain.
Dan sesiapa yang memberi manfaat kepada orang lain, Allah akan memberi manfaat kepada dirinya.
Begitu juga sesiapa yang menutup keaiban orang lain maka Allah akan menutup keaibannya.

 So, buat baik saja kepada semua orang. Dapat pahala.
Yang lain, kita serahkan kepada Allah....



p/s: Setakat ini dululah ye...
Hilang dah idea bila tengah syok merepek kat sini tiba2 si Intan Payung yang baru bangun tidur datang bertanya: "Ummi, bila kita nak buat sambutan Maulidur Rasul kat rumah kita ni?"

Aduhai....apa nak jawab????


Sampai jumpa lagi,