Thursday 9 December 2010

TIPS MENJAGA PHAL

Tips ini diambil dari pamplet yang ku peroleh semasa melawat MAHA 2010 tempohari. Untuk keterangan lanjut boleh layari www.waltexbiodec.com ye...
Cara untuk menjaga orkid jenis phalaenopsis adalah:
1. Pencahayaan.
  • Phal tidak memerlukan direct sunlight.
  • sebaliknya 70% cahaya matahari sudah mencukupi.
  • daun berwarna hijau muda dan keras menunjukkan kadar cahaya yang cukup.
  • pemindahan pokok dari tempat kurang cahaya kepada tempat lebih cerah hendaklah dibuat secara berperingkat bagi mengelakkan daun terbakar.
  • Phal gemar kepada matahari pagi berbanding matahari petang.

2. Penyiraman.

  • elakkan menyiram pokok pada waktu panas terik kerana air pada permukaan daun akan menjadi terlalu panas dan merosakkan daun.
  • elok menyiram pada waktu pagi.
  • menyiram pada waktu petang membawa risiko jangkitan kulat.
  • elakkan menyiram pada bunga yang sedang kembang sebaliknya siram pada daun dan akar sahaja.
  • kekerapan menyiram bergantung kepada cuaca (panas, mendung, hujan, berangin), pasu yang diguna (tanah atau plastik) dan media penanaman ( arang, bata, lumut sfagnum).
  • elakkan menyiram jika media penanaman masih basah.
  • elakkan pendedahan pokok kepada air hujan bagi mengelakkan jangkitan kulat dan penyakit.

3. Kelembapan.

  • Phal gemar kawasan persekitaran yang lembab.
  • basahkan tanah di kawasan persekitaran jika terlalu kering bagi mempertingkatkan kelembapan.

4. Pengaliran udara.

  • letakkan Phal di kawasan yang mempunyai aliran udara bersih dan berangin.
  • kawasan udara tenang (kawasan bertutup) menggalakkan pertumbuhan kulat.

5. Bahan semaian.

  • lumut sfagnum adalah bahan yang paling sesuai untuk menanam Phal.
  • kerana ia dapat mengekalkan kelembapan lebih lama.

6. Baja.

  • baja bebola organik atau cecair boleh digunakan untuk pokok Phal.
  • penggunaan baja cecair yang telah dicairkan campurannya boleh digunakan dengan kerap berbanding baja cecair yang pekat.
  • konsentrasi baja yang terlalu pekat boleh merosakkan akar pokok.
  • waktu pembajaan yang paling sesuai adalah pada sebelah pagi selepas penyiraman.

Sekian. Semoga mendapat manfaat.


Saturday 4 December 2010

KUMPUL PHALAENOPSIS PULAK...

MAHA 2010 akan berakhir esok (Ahad 05/12/2010).
Alhamdulillah dah 3 kali aku ulang mengunjunginya. Kali pertama entertain anak2. Bawa mereka mengenali pokok2 dan haiwan2. Seronok bukan kepalang terutama anak daraku yang hingga hari ini tak henti2 bercerita pengalamannya menangkap arnab dan macam2 lagi.
Aku pun tak kurang seronok....
Dah sekian lama menyimpan hasrat memiliki orkid jenis phalaenopsis atau 'moth orchid' yang sangat unik ini. Selain bentuk dan warna bunganya yang menarik, ia juga dikategorikan sebagai salah satu jenis orkid yang sangat mudah penjagaannya.
Itu kata orang!
Bagi aku, semuanya mencabar.
Maklumlah amatur.....
Untuk permulaan aku beli 7 pokok pelbagai warna. Dengan seribu doa dan harapan agar berpeluang menikmati keindahan bunganya di masa akan datang....
Inilah koleksi moth orchid ku yang pertama....



yang ini baru belajar nak berbunga...warna oren + ungu.




yang ini spike nya dah panjang sikit...warna ungu pekat katanya...










sepokok lagi aku tak ambil gambarnya sbb bunganya dah banyak yang layu
~aku beli juga sbb harganya murah... dan berharap semoga selepas ini ia akan segera pula berbunga lagi....





Thursday 2 December 2010

DAH BERSAWANG RUPANYA BLOG NI...

Selesai solat maghrib, terdetik hati nak menjenguk blog yg lama aku abaikan ini.
MasyaAllah...dah hampir 2 bulan rupanya ia sunyi sepi....kesian dia....


Oklah, jgn sedih2 ye...
mulai hari ini kita jumpa selalu2 ye....

Tapi.....
eeerrrmmmmm..... apa nak cerita ye?



haa....since satu Malaya tengah sibuk dengan MAHA 2010 apa kata kita tengok gambar2 yang aku (dan family) capture kat sana.



Aku ke sana pada hari pertama pameran dibuka iaitu Jumaat 26/11/2010. Sengaja bawa anak2 supaya mereka dapat sedikit sebanyak input dan pengalaman baru dari pameran sebesar ini.

Mula2 kami singgah tengok pokok2.....




Lepas tu pergi ke tempat buah2an pulak...



Sebelum balik kami singgah di pameran penternakan dulu.

Macam2 ada....





Untuk puaskan hati anak2 (terutama my little girl) yg nak pegang dan bergambar dengan burung kakaktua, terpaksalah my hubby keluarkan RM10 utk sekeping gambar ~apakan daya tak dibenar guna camera sendiri... huhu

cukup dulu ye...

untill next time.....


Monday 11 October 2010

BARU DAPAT...

Eeeeeiiii...lamanya tak menjenguk blog ni......
sibuk raya konon....hehe
now that raya is over dan November dah 11 hari berlalu, baru dapat nak menulis di sini...
Rasa nak cerita pasal ros yg aku baru beli di pesta bunga Shah Alam semalam.
Dua pasu je....



yang ini bunganya besar dan kelopaknya banyak.

yang ini pulak size nya kecik sikit dan kelopaknya sikit je...
Seronok dapat bawa balik ros ni...tapi dlm hati asyik tertanya2 boleh ke aku jaga?
Janganlah mati macam yang sebelum-sebelum ni ye.....
(Next time nak cerita pasal orkid pulak....)





Wednesday 22 September 2010

KUMBANG PUN BERAYA...








Dua minggu bercuti dari membelai orkid~tak membaja dan tak meracun~ inilah jadinya.....huhu
Kita beraya di kampung..... rupanya ulat, kumbang dan siput datang beraya ke rumah kita.... terus je menuju ke rumah orkidku.....
Hancusssss.....
Perang dah bermula!!!! siap kau kumbang!!!




Tuesday 14 September 2010

AIDILFITRI 1431H


Selamat hariraya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.

Friday 3 September 2010

TANDA KEKUASAAN ALLAH...



Gambar2 ini adalah 'bunga' generasi kedua si 'tenggek burung' kepunyaan ku. Yang lama dah gugur dah...
Kali ini ada dua kuntum. Kalau yang sebelum ini tak berapa nampak figure 'burung'nya.... tapi kali ini jelas kelihatan.




Aku sendiri tak puas membeleknya sejak petang tadi.
Semuanya menunjukkan kekuasaan Mu...... ya Allah!




Thursday 2 September 2010

KISAH SI TENGGEK BURUNG

Inilah rupa pokok tenggek burung pemberian Maklong di Klang.
Pokoknya kecik saja...lebih kurang satu kaki tingginya.
baru kali pertama belajar berbunga...
Masih dalam pasu plastik yang kecik...tak berani aku mengubahnya. Takut meninggal pulak nanti pokok ni...




Macam inilah rupa bunganya...(kalau boleh disebut 'bunga' lah)
ada tak macam gaya seekor burung sedang hisap madu?
....~di mata sayalah....hehe


After 2 weeks...burung pun mula menguning. Dah sampai masa nak gugurlah tu...




Tapi tak mengapa....ada dua 'kuntum' menanti nak 'kembang'.....





Monday 23 August 2010

PENYERI LAMANKU




Ini antara orkidku yang sedang galak berbunga sekarang. Berseri-seri lamanku dengan kehadiran mereka.
Harap2 lepas ni mereka tak berhenti setakat itu saja.
Lebih2 lagi nak dekat raya ni....


Wednesday 18 August 2010

FIRST TIME...


Yeay......yeay..... my so called pokok 'tenggek burung' nak berbunga buat kali pertama.
Dah nampak jambulnya...kecik aje.....
Nanti bila dah kembang ~I mean bila dah nampak macam bentuk burung nanti akan ku dedahkan keunikannya.

Sunday 15 August 2010

SERUPA TAPI TAK SAMA


Sekali pandang, kedua-dua jenis dendrobium ini.....
nampak serupa, kan?
Tapi kalau diperhatikan betul2.....tak sama.
Memandangkan bentuk bunga dan warna antara kedua-duanya tak banyak beza maka faktor tesebut tak akan banyak membantu.
Kecuali anda seorang yang amat teliti, anda akan nampak sedikit warna putih pada bunga kedua.
Paling mudah, tengok bahagian 'lip' atau lidah kedua-dua bunga tersebut dan anda akan nampak perbezaan ketara!
Selamat mencuba.... :)



Wednesday 11 August 2010

TELAHANKU BENAR BELAKA..


Haaa....kan dah agak dah.....
Masa aku membelek dendrobium ini last week aku dah perasan ada dua spike yang terjulur keluar. Dan ada beberapa spike lagi macam nak timbul juga dari batang yang sama.
Alhamdulillah...telahanku benar.
Kelmarin aku belek lagi pokok yang sama dan nampak empat spike semuanya.
Insya Allah jika tiada aral, dapatlah aku menikmati julung-julung kalinya pokok orkidku mengeluarkan 4 tangkai bunga sekaligus.
Kalaulah pokok-pokok lain juga begini....alangkah bahagianya!!!!

Tuesday 10 August 2010

ANAK BUAH BARU!

Entry kali ini nak lari dari topik pokok-pokok dan bunga-bungaan. Sebaliknya nak meraikan keseronokan menyambut orang baru dalam keluarga kami.

Dapat anak buah yang comel semalam. Lelaki, beratnya 2.92kg.

Lahir awal seminggu dari due date.

Kesian si ibu, terpaksa merelakan keputusan doktor untuk operate sebab kepala baby tak turun.

Alhamdulillah.... both ibu dan baby dalam keadaan sihat.

Doktor kata maybe Rabu boleh discharge.

Semoga jadi anak soleh kelak....



Monday 9 August 2010

DAH KEMBANG....

Diam tak diam bulan Ogos dah lapan hari berlalu. Secara tak langsung aku sebenarnya dah melanggar azamku sendiri untuk mengemaskini blog ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Aduhaiii....
Actually minggu lepas aku dan family sibuk dengan aktiviti membersih rumah dan mengecat. Alhamdulillah...selesai satu hal.
Taklah cantik mana hasilnya tapi itulah persediaan kami menyambut Ramadhan dua hari lagi. At least anak-anak akan merasa sedikit perubahan dan lebih bersemangat menunaikan ibadah puasa nanti.






Last week aku bagitau orkid yang ini bunganya masih berkudup lagi. Belum terbuka sepenuhnya.







Hari ini...haaaa....inilah rupa bunganya!
Dah berkembang penuh.
Walaupun pokoknya kecik kemetot aje tapi bunganya cantik...
Warnanya pink + purple. Ada dua tangkai sekarang ni.
Ok lah tu untuk beginner, kan. Mana tahu, esok lusa akan bertambah lagi.
Berdoa ajelah.....

Sunday 1 August 2010

JOM GOTONG ROYONG!


Petang semalam aku menziarahi sepupu yang sedang bertarung nyawa akibat denggi berdarah di ICU Hospital Seremban sejak petang Jumaat. Keadaannnya diburukkan lagi dengan penyakit darah tinggi dan kencing manis yang memang dah ada sejak beberapa tahun lalu. Beliau kini tidak sedarkan diri dan terpaksa menjalani dialisis akibat kegagalan buah pinggang. Orangnya muda lagi...baru awal 30-an. Anak-anak kecil lagi......Ya Allah.....hanya kepadaMu kami berserah.


Sehari sebelum itu, aku dapat khabar anak buah sepupu berusia 5 tahun pun dimasukkan ke hospital kerana disyaki menghidap denggi. Alhamdulillah...didapati sihat dan sudah discharge petang semalam.

Syukur...ya Allah!


DENGGI~ takut menyebut namanya.

Jauhkanlah kami dari penyakit ini ya Allah....


Statistik Kementerian Kesihatan mencatatkan 73 kematian akibat denggi bagi tahun lalu. Secara keseluruhan, terdapat 28,592 kes denggi dilaporkan termasuk 1,480 kes denggi berdarah. Sementara itu empat negeri; Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang mencatatkan tahap yang kritikal.


So, atas kesedaran ini aku bercadang mengadakan operasi besar-besaran pembersihan rumah pada hari ini.


Tambahan pula Ramadhan bakal menjelang diikuti Aidil Fitri sebulan kemudian. Inilah masa yang paling sesuai untuk membersih dan mengemas rumah dan kawasan sekitarnya.
errmmmmm....terlanjur mengemas ni......kalau hubby nak tukar warna cat dinding pun bagus juga.....hehe


Apa lagi.....jom GOTONG ROYONG!!!!!!




Friday 30 July 2010

BARU KENAL BAJA NI....



Pagi2 lagi aku dah start membelek orkid ku hari ini. Beberapa pasu ku lihat dah hampir kering bunganya. Yang menyerlah sekarang ialah dua pasu dendrobium putih walaupun pokoknya taklah subur mana. Kurus tinggi je.... Tak mengapalah asalkan berbunga...hehe

Dari pengamatanku kali ini banyak pokok lain yang sedang cuba2 mengeluarkan spike. Antaranya....yang dlm gambar2 inilah....



Yang ini baru kali pertama mencuba untuk berbunga. Puas juga ku tunggu. Ada dua tangkai kudupnya. Bila dah kembang penuh nanti akan ku dedahkan kecantikannya, ye.....









Melihat spike sekecil ini terjulur keluar pun sangat mmengujakan bagi penggemar orkid seperti ku!







Yang ini pulak pokoknya gemuk dan spikenya sihat. Nampak gayanya macam nak keluar lebih dari satu spike... mudah-mudahan....amin.

Kalau tak silap yang ini bunganya berwarna hijau muda.




Terima kasih kepada kawan yang baru ku kenal ini.... namanya Wellbloom. Harga sebotol RM15 je.
Kata penjual kat nursery tu....ia sesuai untuk orkid.
Dah tiga minggu aku menggunakannya dan alhamdulillah.... serasi nampaknya.


Sekarang tengah tunggu hasilnya pada lima pasu orkid tepi pagar yang dah hampir 4 tahun tak berbunga tu..... harap-harap tak mengecewakan.....hehe

Wednesday 28 July 2010

YANG SEDANG MEKAR DI LAMAN


Dah lama benar tak menikmati indahnya oncidium ku jenis Golden Shower ini. Alhamdulillah, setelah masalah siput dapat ku atasi barulah berseri lamanku dengan warna kuning penceria suasana ini.
Bila yang ini habis berbunga nanti, ada sepasu lagi yang sedang menanti....seronoknya.....


Dalam masa yang sama dendobrium purple dan mokara pink pun sedang lebat berbunga. Harap2 masa hariraya nanti jangan ponteng pulak ye...berbungalah lagi. Banyak2 ye.... Barulah berseri2 Aidil Fitri kelak.
Si dendobrium ni banyak bunganya kali ini. Tak puas memandang saban hari. Panjang tangkainya hingga aku terpaksa ikat dengan dawai bagi menyokongnya supaya tak patah bila ditimpa hujan.

Bila nampak aku asyik membelek pokok bunga, hubby kata: raya nanti tak payah buat atau beli kueh raya. Kita pakat2 tengok bunga aje....
Amboi....amboi...sindir nampak!




Tuesday 27 July 2010

BUNGA CENGKIH

Cengkih merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan.

Pokok cengkih berasal dari Maluku, Indonesia. Ia turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Langka.

Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 - 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek.
Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting.
Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.

Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian 10 hingga 20meter. Mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya.

Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5 hingga 2cm.



Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak.

Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.