Thursday 9 December 2010

TIPS MENJAGA PHAL

Tips ini diambil dari pamplet yang ku peroleh semasa melawat MAHA 2010 tempohari. Untuk keterangan lanjut boleh layari www.waltexbiodec.com ye...
Cara untuk menjaga orkid jenis phalaenopsis adalah:
1. Pencahayaan.
  • Phal tidak memerlukan direct sunlight.
  • sebaliknya 70% cahaya matahari sudah mencukupi.
  • daun berwarna hijau muda dan keras menunjukkan kadar cahaya yang cukup.
  • pemindahan pokok dari tempat kurang cahaya kepada tempat lebih cerah hendaklah dibuat secara berperingkat bagi mengelakkan daun terbakar.
  • Phal gemar kepada matahari pagi berbanding matahari petang.

2. Penyiraman.

  • elakkan menyiram pokok pada waktu panas terik kerana air pada permukaan daun akan menjadi terlalu panas dan merosakkan daun.
  • elok menyiram pada waktu pagi.
  • menyiram pada waktu petang membawa risiko jangkitan kulat.
  • elakkan menyiram pada bunga yang sedang kembang sebaliknya siram pada daun dan akar sahaja.
  • kekerapan menyiram bergantung kepada cuaca (panas, mendung, hujan, berangin), pasu yang diguna (tanah atau plastik) dan media penanaman ( arang, bata, lumut sfagnum).
  • elakkan menyiram jika media penanaman masih basah.
  • elakkan pendedahan pokok kepada air hujan bagi mengelakkan jangkitan kulat dan penyakit.

3. Kelembapan.

  • Phal gemar kawasan persekitaran yang lembab.
  • basahkan tanah di kawasan persekitaran jika terlalu kering bagi mempertingkatkan kelembapan.

4. Pengaliran udara.

  • letakkan Phal di kawasan yang mempunyai aliran udara bersih dan berangin.
  • kawasan udara tenang (kawasan bertutup) menggalakkan pertumbuhan kulat.

5. Bahan semaian.

  • lumut sfagnum adalah bahan yang paling sesuai untuk menanam Phal.
  • kerana ia dapat mengekalkan kelembapan lebih lama.

6. Baja.

  • baja bebola organik atau cecair boleh digunakan untuk pokok Phal.
  • penggunaan baja cecair yang telah dicairkan campurannya boleh digunakan dengan kerap berbanding baja cecair yang pekat.
  • konsentrasi baja yang terlalu pekat boleh merosakkan akar pokok.
  • waktu pembajaan yang paling sesuai adalah pada sebelah pagi selepas penyiraman.

Sekian. Semoga mendapat manfaat.


1 comment:

  1. saya mohon nak share ye tips ni..baru berjinak2 dgn phal ni..

    ReplyDelete