Friday 30 July 2010

BARU KENAL BAJA NI....



Pagi2 lagi aku dah start membelek orkid ku hari ini. Beberapa pasu ku lihat dah hampir kering bunganya. Yang menyerlah sekarang ialah dua pasu dendrobium putih walaupun pokoknya taklah subur mana. Kurus tinggi je.... Tak mengapalah asalkan berbunga...hehe

Dari pengamatanku kali ini banyak pokok lain yang sedang cuba2 mengeluarkan spike. Antaranya....yang dlm gambar2 inilah....



Yang ini baru kali pertama mencuba untuk berbunga. Puas juga ku tunggu. Ada dua tangkai kudupnya. Bila dah kembang penuh nanti akan ku dedahkan kecantikannya, ye.....









Melihat spike sekecil ini terjulur keluar pun sangat mmengujakan bagi penggemar orkid seperti ku!







Yang ini pulak pokoknya gemuk dan spikenya sihat. Nampak gayanya macam nak keluar lebih dari satu spike... mudah-mudahan....amin.

Kalau tak silap yang ini bunganya berwarna hijau muda.




Terima kasih kepada kawan yang baru ku kenal ini.... namanya Wellbloom. Harga sebotol RM15 je.
Kata penjual kat nursery tu....ia sesuai untuk orkid.
Dah tiga minggu aku menggunakannya dan alhamdulillah.... serasi nampaknya.


Sekarang tengah tunggu hasilnya pada lima pasu orkid tepi pagar yang dah hampir 4 tahun tak berbunga tu..... harap-harap tak mengecewakan.....hehe

Wednesday 28 July 2010

YANG SEDANG MEKAR DI LAMAN


Dah lama benar tak menikmati indahnya oncidium ku jenis Golden Shower ini. Alhamdulillah, setelah masalah siput dapat ku atasi barulah berseri lamanku dengan warna kuning penceria suasana ini.
Bila yang ini habis berbunga nanti, ada sepasu lagi yang sedang menanti....seronoknya.....


Dalam masa yang sama dendobrium purple dan mokara pink pun sedang lebat berbunga. Harap2 masa hariraya nanti jangan ponteng pulak ye...berbungalah lagi. Banyak2 ye.... Barulah berseri2 Aidil Fitri kelak.
Si dendobrium ni banyak bunganya kali ini. Tak puas memandang saban hari. Panjang tangkainya hingga aku terpaksa ikat dengan dawai bagi menyokongnya supaya tak patah bila ditimpa hujan.

Bila nampak aku asyik membelek pokok bunga, hubby kata: raya nanti tak payah buat atau beli kueh raya. Kita pakat2 tengok bunga aje....
Amboi....amboi...sindir nampak!




Tuesday 27 July 2010

BUNGA CENGKIH

Cengkih merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan.

Pokok cengkih berasal dari Maluku, Indonesia. Ia turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Langka.

Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 - 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek.
Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting.
Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.

Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian 10 hingga 20meter. Mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya.

Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5 hingga 2cm.



Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak.

Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.

Monday 26 July 2010

BUNGA KANTAN


Pokok Bunga Kantan atau juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan sejenis pokok saka herba.
Bunga pokok ini yang berwarna merah muda (pink) banyak digunakan sebagai gubahan hiasan manakala tunas bunga ini dijadikan bahan memasak dalam masakan Melayu seperti asam pedas, laksa dan nasi kerabu.
Tumbuhan ini mengandungi banyak bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan.


Tuesday 20 July 2010

ROS OREN PULAK...

Minggu lepas aku ke pasar borong Puchong dan ternampak nursery menjual pokok dekat dengan pintu keluar. Saja singgah dengan tujuan membeli racun siput yang mengganggu orkidku.
Ternampak pulak pokok bunga ros kuning+oren yang sedang lebat berbunga. Harganya RM10 sepasu. Bunganya kecil-kecil comel. Geram dibuatnya. Hubby senyum sinis masa aku letakkan pokok dalam kereta dengan muka selamba. Hehehe....

Hujung minggu pulak balik Kelang ziarah orangtua. Dapat present sepasu pokok 'tenggek burung' pemberian Maklong. Iya ke nama tu? Tapi aku tahu justifikasi nama itu adalah sempena bentuk bunganya yang kelihatan seperti seekor burung sedang bertenggek di dahan. Itulah kekuasaan Allah.
Dalam gambar ni tak nampak sangat. Kalau ambik dari angle tepi maybe jelas sikit...
Nama saintifiknya...wallahu a'lam.



Friday 16 July 2010

KOLEKSI BARU

Sejak dua minggu kebelakangan ini, perhatianku terhadap bunga-bungaan beralih sedikit dari kebiasaan.

Jika biasanya aku membelai orkid, kali ini tumpuan aku berikan kepada bunga kemboja cina yang biasanya dijadikan bonsai. Sesuai namanya, ia amat diminati kaum Cina ~ sbb mereka sukakan bonsai~ berbanding bangsa lain di negara ini.

Namun begitu, aku perhatikan bunga ini telah banyak memenuhi halaman tanpa mengira bangsa atau keturunan lantaran bentuk pokoknya yang unik dan warna bunganya yang terang serta pelbagai.

Memandangkan aku belum faham sangat dengan karenah pokok ini, so buat permulaan aku beli dua pasu dulu. Suppliernya....cousin yang tinggal di Kapar, Klang. Setiap hujung minggu akan ada lori menjual bunga-bungaan lalu di hadapan rumahnya. So, aku pesan ajelah. Tak payah bersusah payah ke nursery!

Sebenarnya, sudah lama aku memiliki sepasu bunga jenis ini. Kalau tak silap hampir lima tahun. Cuma kurang diberi perhatian. Berbunga warna pink lembut. Tapi pokoknya ibarat 'hidup segan mati tak mahu'....kesian.



Yang berwarna merah terang ni adalah koleksiku yang paling baru.
Mudah-mudahan dapat bertahan lama....






Yang putih dan pink di bawah adalah yang aku idam-idamkan.... Harap-harap dapat memilikinya sebelum Aidilfitri....hehe






Thursday 15 July 2010

HAI, HAI, HAI....

Rasanya baru dua tiga hari tak update blog ni.... sedar tak sedar rupanya dah seminggu!
Alamak.....mana pegi azam tempohari????...huhu
Itulah...semua orang ada 24 jam sehari semalam. Tak lebih dan tak kurang. Macamana nak adjust?? terpulang.....
Kena untukkan masa, komited dan konsisten!
Chewahhhh....
1001 alasan boleh dicipta untuk sedapkan hati sendiri. PC meragamlah, balik kampunglah, anak demamlah, siapkan tesislah..... (eh, akulah tu!)
Hakikatnya hanya Allah yang tahu.
So, from now......focus!!!!!

Monday 5 July 2010

BALIK KAMPUNG~ SG. LEMBING

Kali ini nak bercerita pengalaman balik kampung hubby di Sungai Lembing, Pahang. Jumaat 02/07/2010 lebih kurang jam 5.30petang kami sekeluarga bertolak ke Pekan dan bermalam di sana sebelum ke Sg. Lembing keesokan harinya. Semuanya gara2 hubby dan anak bujang nak tengok world cup~ takut org Sg. Lembing tak subscribe sports channel!...hehe

Sebenarnya kepulangan ke kampung kali ini agak tergesa2 kerana diberitahu mak mentua demam dan rindukan anak cucu. Alhamdulillah demamnya beransur sembuh dan dah tak batuk2. Cuma selera makan belum ada....


Walaupun zaman kecilnya dihabiskan di kampung ini, hubby sebenarnya jarang balik ke sini selepas ayahnya meninggal dunia hampir 10 tahun lalu. Kerana rumah pusaka ini disewakan lantaran mak mentua berpindah ke rumah anak2 ~ikut suka rumah anak mana yg dia nak duduk....tapi biasanya di rumah kakak ipar no. 3 di Pekan.
So, kesempatan yang ada kami gunakan untuk pusing2 kampung menikmati keindahannya....

Ini anak dara kami berposing depan rumah pusaka yang sekarang didiami kakak hubby yang anak2 panggil Mak Ngah. Banyak kenangan di rumah ini~yg paling manis: hubby dilahirkan di sini dan our wedding pun diadakan di sini 15 tahun lalu....



Sebelah rumah pulak ada tasik yang cantik ni.... Pondok kecil dibina sebagai tempat berehat. Sungguh nyaman.
Kakak ipar pula rajin berkebun termasuk membela ayam itik. Bila balik, kami dibekalkan sebekas home-made telur itik masin dan telur yang segar.

Keliling rumah dipenuhi pokok buah-buahan dan bunga-bungaan. Sejuk mata memandang.....
InsyaAllah...sebelum tibanya Ramadhan kami bercadang berkunjung ke sini lagi menjenguk Tok....