Showing posts with label Cuti-cuti.... Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti.... Show all posts

Monday, 28 March 2011

JALAN-JALAN KE KUCHING

Cuti sekolah yang lalu kami sekeluarga ke Kuching, Sarawak.
Kami~ 11 orang semuanya termasuk aku, suami dan 2 anak, adikku Salina, suaminya dan 3 anak, adikku Julie dan seorang sepupu kami, Odey. 


Destinasi ini aku yang memilihnya atas beberapa alasan. Pertama, aku dan anak2 belum pernah sampai ke sana.

Kedua, kebetulan ada promosi dibuat sebuah syarikat penerbangan tambang murah ini semasa aku melayari web untuk menempah tiket.

Ketiga, percutian kali ini sangat bermakna bagi anak-anak buahku kerana ini kali pertama mereka meniaki kapal terbang. So, kalau boleh ingin ke destinasi yang 'agak jauh' sedikit....


So, kami menaiki 'kapal terbang merah' dan berada di Kuching pada 17 hingga 20 Mac, 2011.

Sepanjang berada di Kuching, kami tinggal di Hotel Merdeka Palace yang terletak tidak jauh dari waterfront yang terkenal di Kuching. Syukur, berkat pertolongan sahabat zaman sekolah menengah dulu, Dr Norazila Aziz yang telah lama bermastautin di Kuching, kami diberikan special rate bagi bilik yang kami sewa. Actually, ia sebuah apartment tiga bilik yang sangat selesa with a very reasonable price. Muat untuk ahli rombongan kami seramai 11 orang.

..anak bujangku bergaya di hadapan hotel penginapan kami....

Ahli-ahli rombongan bersantai di Waterfront selepas menikmati laksa Sarawak...

Destinasi pertama kami di Kuching ialah Semenggoh Wildlife Centre untuk melihat sendiri kehidupan orang utan yang unik dan hanya terdapat di negara kita ini.

Penat juga berjalan kaki di hutan Semenggoh sebelum tiba di tempat khas yang disediakan Jabatan Hutan untuk menyaksikan bagaimana kakitangan jabatan itu memanggil orang utan supaya turun makan. Satu pengalaman baru untuk aku dan anak2....


..bersama anak bujang dan intan payungku serta seorang anak saudara....

Hari kedua, kami bawa anak2 ke Jong Crocodile Farm pula melihat buaya dan haiwan-haiwan lain.


Apa yang 'menarik' dan agak memeranjatkan ketika kami membeli tiket ialah mengenai charge masuk yang dikenakan. Mereka mengenakan charge yang berbeza antara rakyat Sarawak dan outsider. Memandangkan kami orang luar, maka bayaran masuk yang dikenakan RM16 seorang berbanding RM8 jika anda rakyat Sarawak!

~tak sangka, ada juga peraturan sebegitu di negara kita ni rupanya ye....



Kami bernasib baik kerana datang tepat pada masa feeding buaya. So, dapatlah kami menyaksikan kehebatan sang bedal semasa makan....


Hari Sabtu, kami ke Serikin yang terletak bersempadanan dengan Indonesia. Walaupun cuaca agak panas tapi kami seronok shopping. Telekung dan kain baju antara item paling popular selain barangan kulit dan hasil kraftangan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.



Tidak sah kunjungan ke Kuching jika tidak mengabadikan kenangan di hadapan monumen kucing yang terkenal dan sungguh comel ini....
Sebenarnya ada tiga monumen kucing seperti ini tapi kami sempat bergambar dengan yang ini sahaja....


..bersama anak daraku dan adik bongsuku, Nursalina...
(gambar ini diambil waktu tengahmalam kerana keesokannya kami akan berangkat pulang...)

Percutian manis di Kuching akan kami kenang sampai bila2.....



Monday, 5 July 2010

BALIK KAMPUNG~ SG. LEMBING

Kali ini nak bercerita pengalaman balik kampung hubby di Sungai Lembing, Pahang. Jumaat 02/07/2010 lebih kurang jam 5.30petang kami sekeluarga bertolak ke Pekan dan bermalam di sana sebelum ke Sg. Lembing keesokan harinya. Semuanya gara2 hubby dan anak bujang nak tengok world cup~ takut org Sg. Lembing tak subscribe sports channel!...hehe

Sebenarnya kepulangan ke kampung kali ini agak tergesa2 kerana diberitahu mak mentua demam dan rindukan anak cucu. Alhamdulillah demamnya beransur sembuh dan dah tak batuk2. Cuma selera makan belum ada....


Walaupun zaman kecilnya dihabiskan di kampung ini, hubby sebenarnya jarang balik ke sini selepas ayahnya meninggal dunia hampir 10 tahun lalu. Kerana rumah pusaka ini disewakan lantaran mak mentua berpindah ke rumah anak2 ~ikut suka rumah anak mana yg dia nak duduk....tapi biasanya di rumah kakak ipar no. 3 di Pekan.
So, kesempatan yang ada kami gunakan untuk pusing2 kampung menikmati keindahannya....

Ini anak dara kami berposing depan rumah pusaka yang sekarang didiami kakak hubby yang anak2 panggil Mak Ngah. Banyak kenangan di rumah ini~yg paling manis: hubby dilahirkan di sini dan our wedding pun diadakan di sini 15 tahun lalu....



Sebelah rumah pulak ada tasik yang cantik ni.... Pondok kecil dibina sebagai tempat berehat. Sungguh nyaman.
Kakak ipar pula rajin berkebun termasuk membela ayam itik. Bila balik, kami dibekalkan sebekas home-made telur itik masin dan telur yang segar.

Keliling rumah dipenuhi pokok buah-buahan dan bunga-bungaan. Sejuk mata memandang.....
InsyaAllah...sebelum tibanya Ramadhan kami bercadang berkunjung ke sini lagi menjenguk Tok....

Wednesday, 9 June 2010

PENGINAPAN YANG SELESA~Leisure Farm JB

Sepanjang berada di JB inilah tempat penginapan kami....Leisure Farm yang terletak di Gelang Patah. Tak jauh dari rumah pengantin lebih kurang 20 minit driving.
Rekabentuknya macam terrace house~boleh pilih nak yang dua atau tiga bilik.

Tempat ni memang best. Kawasannya luas siap ada kemudahan padang golf, swimming pool dan jogging track. Rumah2 nya pulak bercitarasa moden.
Persekitarannya redup dan mendamaikan. Banyak pohon hijau. Memang sesuai untuk berehat dan bersantai. Berbulan madu pun sesuai.

Tapi sayangnya kami sekeluarga tak dapat menikmati sepenuhnya suasana indah itu...maklumlah sibuk membantu di majlis kenduri kahwin anak buah tersayang. So, banyak masa dihabiskan di rumah pengantin instead....
Takpe....next time aku dan keluarga pasti ke sana lagi jika berkesempatan....