Thursday 8 November 2012

SEDIKIT...TIDAK MENGAPA...?





Seringkali kita dengar ungkapan ini~ matlamat tidak menghalalkan cara. 
Apa maksudnya?

Cuba lihat contoh-contoh di bawah:-

1) Si A merompak wang di bank untuk diberikan kepada orang miskin.

2) Si B memotong Q dijalanraya kerana ingin segera sampai ke masjid untuk solat berjamaah.

3) Si C membuat pinjaman yang mengandungi unsur riba kerana ingin memberi wang kepada ibubapanya menunaikan haji.


Ianya mudah difahami, kan....
Kerana anda nampak unsur pro and con secara jelas di situ.





Bagaimana pula dengan contoh berikut:-

1) Si isteri melarang anak-anak menonton rancangan tv yang tidak memberi faedah seperti drama/filem berunsur cinta, pertandingan nyanyian kanak-kanak atau rancangan lawak jenaka, misalnya. Si suami pula tidak bersetuju dengan tindakan isteri dan berkata: bukannya selalu, tengok sedikit tak mengapa....

2) Si isteri memujuk anak yang berusia 6 tahun supaya meneruskan puasanya yang berbaki satu jam sahaja lagi. Si suami pula tak kisah anak minum sedikit dan menyambung puasanya dengan alasan, minum sedikit tidak mengapa....

3) Sekumpulan lelaki bermain golf dan membuat betting ~ siapa yang kalah, belanja minum. Bukan bertaruh banyak tapi sedikit sahaja. Bukan beribu pun, setakat belanja minum tak mengapa.... 


Macamana? Boleh apply tak ungkapan tersebut dalam situasi-situasi di atas?
Anda confused? 
Saya pun kadang-kadang confuse juga....


Itu belum masuk bab masa. Lewat sedikit....tak mengapa....
Bab solat? Mula-mula lewat sedikit....lama kelamaan, lewat banyak. Akhirnya, tak payah solatlah. Nauzubillah.

So, cubalah fikir-fikirkan......



* Kalau benda baik, ungkapan "sedikit...tidak mengapa" sangat sesuai diaplikasi. 
Sebab sedikit atau banyak, tetap akan diberi pahala oleh Allah. Jangan tak buat langsung! Contohnya seperti bersedekah. Beri sedikit pun tak mengapa. Kata ustazah, kalau tidak bersedekah langsung, kedekut namanya...., betul tak?



Sampai jumpa lagi, 

 -johana-


1 comment: