Friday 16 November 2012

TERINGIN....



Hari ini 2 Muharram 1434H. 
Aduhai....cepatnya masa berlalu, dah masuk tahun baru.

Sehari dua ni tak sempat meng update blog sebab sibuk melayan encik hubby dan anak-anak. 

Mula-mula, Ahad 11/11/2012 kami ke Melaka sebab encik husband ada golf tournament sempena sambutan 750 tahun negeri Melaka di Tiara Golf.

Esoknya, kami ke Nilai Spring pula sebab ada another tournament untuk Media Prima. Tidur sana satu malam. Dapatlah entertain anak-anak mandi kolam.

Keesokannya pulak, kami ke PD bawa anak-anak mandi laut. Kami tidur dua malam di Sri Pena (actually tempat tu ialah training centre untuk warga kerja Media Prima). Tak kisahlah...asal ada pool untuk anak-anak bermandi manda, kira ok lah!.

Selain mandi manda di pool dan tepi pantai, dapatlah anak-anak naik jetski dan merasai pengalaman mendayung kayak. Habis hitam legam badan mereka kena sunburn!


Ummi mandi sama?
...takkkk! Jadi life guard je...hehehe


Seperti biasa, balik ke rumah ummi kena bersilat dengan kain baju kotor!
Sampai saat ini pun, masih banyak yang berlonggok menunggu untuk dilipat....huhu

Rehatlah dulu....

Petang-petang macam ni teringin pulak nak makan.....benda ini....


 



Takpun, jering rebus gaul kelapa parut ni.... 
Best nya..... tapi, mana nak cari? 
Kena tunggu Ahad lah nampaknya. Kat Pasar Tani selalunya ada....





 Tapi paling best kuih ni....



Susah nak jumpa. Orang Pekan je yang pandai membuatnya.
Jom balik Pekan....boleh suruh my in-law tolong buat....






Sampai jumpa lagi, 

 -johana-

No comments:

Post a Comment