Friday 9 November 2012

APA PERANCANGAN CUTI SEKOLAH?




 


Hari ini merupakan hari terakhir penggal persekolahan 2012. Si Intan Payung akan melangkah ke sekolah rendah tahun hadapan. Manakala si anak bujang akan masuk tingkatan 2.

Tentu ramai ibubapa yang sedang atau telahpun membuat perancangan aktiviti yang akan dilakukan bersama keluarga pada hujung tahun. Biasanya, berjalan makan angin atau balik kampung.

Kami?
Entahlah....belum ada plan yang muktamad. Yang ada cuma plan A, B dan C. Maklumlah, semuanya bergantung kepada cuti si anak bujang dan ayahnya.


Kalendar persekolahan si anak bujang di Maahad Tahfiz Negeri Pahang berbeza dengan sekolah-sekolah lain. Mereka merancang taqwim mereka sendiri untuk memastikan anak-anak MTNP dapat catch-up dengan both academic syllibus and hafazan.  

Mengikut taqwim asal, anak-anak MTNP akan mula bercuti pada awal Disember 2012. Namun, dengan perubahan tarikh pengumuman keputusan UPSR (sbb kemasukan ke MTNP adalah berpandukan keputusan UPSR) maka anak-anak MTNP hanya akan bercuti selepas itu. Ini bagi membolehkan pihak MTNP membuat persediaan bagi proses pemilihan pelajar baru bermula dengan sessi temuduga dan simulasi serta pendaftaran.

So, aktiviti percutian keluarga kami hanya akan bermula selepas keputusan UPSR diumumkan.

Apapun, ummi dah buat perancangan awal. Balik kampung Kelang is a must! ~walaupun belum ada ketetapan tarikh.

Satu lagi, kemas laman rumah. Siapkan landskap.... Ini paling ummi suka! ....hehehe


Tengoklah rupa laman kita sekarang ni....




 
 
Mudah-mudahan tercapai hasrat ummi nak tengok laman yang ceria dan berseri-seri dengan pokok-pokok bunga!




Sampai jumpa lagi, 

 -johana-

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete