Untuk renungan kita bersama....
Cikgu Zakuan (bukan nama sebenar) adalah seorang guru cemerlang yang
begitu berjaya di sepanjang kerjayanya. Beliau dan isterinya Maimunah
yang juga seorang guru berijazah mempunyai anak yang agak ramai dan
terpelajar.
Ada yang lulusan universiti ternama.
Semua anak-anak mereka berjaya dalam
akademik dan cemerlang dalam profession masing-masing setelah memiliki
ijazah perubatan, ijazah sarjana dan ada juga yang memiliki ijazah
kedoktoran falsafah di universiti yang terkenal di dalam dan di luar
negara.
Ringkasnya, semua anak-anak mereka kini berjawatan tinggi dan bergaji
besar kecuali ‘Angah’, anak ke duanya yang tidak begitu ‘menjadi’
kerana tidak belajar sampai ke universiti dan hanya melakukan
kerja-kerja pertanian di tanah pusaka peninggalan datuknya di kampung.
Namun apabila Cikgu Zakuan dan Cikgu Maimunah telah sampai ke tahap
usia emas, ke semua anak-anaknya yang hebat dan berjaya tadi terus
menetap di KL, Ipoh dan JB kerana berdekatan dengan institusi tempat
mereka bekerjaya.
Anak-anaknya yang mempunyai posisi istimewa di dalam kerjaya ini
tidak mempunyai banyak kesempatan untuk meluangkan banyak masa dengan
mereka berdua yang semakin tua melainkan panggilan talipon sekali sekala
dan ziarah di hari raya yang sangat mereka nanti-nantikan.
Lebih menyedihkan apabila ada di kalangan mereka yang langsung tidak
mengambil berat mengenai keadaan ayah dan ibu mereka yang semakin tua.
Bahkan juga tidak mengambil berat mengenai tanggung-jawab lain sebagai
seorang Islam seumpama mengerjakan solat dan sebagainya.
Tinggallah
Angah, anak ke duanya yang merupakan seorang petani yang dikatakan oleh
orang ramai sebagi tidak ‘menjadi’ itu. Angahlah yang tekun berkhidmat
dengan mengiringi Cikgu Zakuan dan isterinya yang semakin tua ke masjid
setiap hari dan juga menemani mereka menyertai aktiviti masyarakat
kampung yang lainnya sehinggalah mereka berdua meninggal dunia.
………………………………………………………………………………………………………..
Apabila diceritakan kisah ini dan cerita-cerita yang seumpama dengannya, saya akan terus teringat kepada doa Nabi Ibrahim a.s,
“Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang – orang yang tetap
mendirikan solat, ya Tuhanku perkenankanlah doaku , ya Tuhanku beri
ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan seluruh orang mukmin, pada hari
terjadinya hisab."
Surah Ibrahim ; Ayat 40 -41
Moga-moga kita berjaya memiliki anak-anak ‘yang menjadi’ dari pandangan ‘mata hati’….
Ibarat kesinambungan dari entry ku sebelum ini, aku menyalin semula cerita yang ku perolehi dari laman zainurrashid.com
Mudah-mudahan ada pengajaran yang dapat dikutip. Bak kata orang, anak-anak adalah ibarat kain putih. Kitalah yang akan mencorakkan warna kepadanya.
Sampai jumpa lagi,
-johana-
Subhanallah... Kebisaannya macam tulah kan rezeki ibu bapa terhadap anak tak menjadi itu dari arah lain.
ReplyDeleteBetul Jun.
DeleteAnak-anak itu sendiri adalah anugerah dan 'rezeki' dari Allah.
Mudah-mudahan kita dikurniakan anak-anak yang cerdik dan soleh. Paling penting mulia akhlaknya.