Monday 31 May 2010

SERANGAN SIPUT





Dua pasu oncidium kuning kena diserang siput.....sedihnya...huhu

Sepatutnya bunga kuning macam dalam gambar nilah yang sedang aku nikmati sekarang tapi malangnya hampa akibat serangan siput2 yang tak berhati perut.

Oncidium ni sifatnya memang rajin berbunga dan selalu tak mengecewakan. Walaupun kuntumnya kecil2 namun bila dah lebat...meriah juga. Ditambah dengan warnanya yang kuning terang....dari jauh dah nampak meriah.


Malang sekali, pokok ku sekarang berwajah pucat dan hampir tak berdaun. Habis daun2nya di makan haiwan kecil ini. Sebenarnya, aku dah perasan masalah ini sejak awal tahun lagi. Dan aku telah berusaha memberi rawatan kecemasan kepada pokok2 ku ini dengan menukar pasunya. Tapi nampaknya usahaku belum berhasil.... Sabar.....

Dalam masa yang sama.... aku fikir aku kena berkenalan dengan 'racun siput' bagi mengelak serangan berulang. Sebab racun serangga yang biasa aku gunakan tak mampu melawan haiwan yang kelihatan kecil dan lembab ini....

Kalau sesiapa ada petua menghalau siput, silalah kongsi ye....



Sunday 30 May 2010

HARI UTK BLOGWALKING


Aku start mengusahakan blog ini pada Mac, 2009.
Masa tu, aku letak satu dua entry dan tinggalkan.....
Kini, dah setahun lebih usianya...
Early this month baru aku start semula. Fresh start.
Dengan azam baru untuk mengaktifkannya paling kurang satu entry seminggu~walaupun dengan cerita yang entah apa2 ntah....
Satu lagi azam~ nak jelajah blog2 lain untuk cari kenalan dan experience.
Alhamdulillah hari ini azam yang kedua dapat ku tunaikan.
Ahad~aku untukkan sepanjang hari untuk blogwalking.
Banyak jug blog yang dapat aku jelajah. Kebanyakannya yang berkisar tentang bunga, home decor dan kekeluargaan.
Seronok membaca dan menjamu mata dengan gambar2 menarik rakan2 blogger.
Macam2 idea aku dapat untuk mencantikkan blog aku yang tak seberapa ini.
Tapi, maklumlah....golongan 'hampir veteran' macam aku ni..lambat sikit nak cope dengan kecanggihan IT ni...
Kadangkala anak sulungku yang berusia 11 tahun lebih advance lagi dalam bab ini. Tapi takpe...aku percaya proses pembelajaran adalah seumur hidup!
Paling seronok dapat belajar jenis2 dan nama2 bunga kesukaanku~ ORKID.
Azam baruku~ akan meluangkan masa menjelajah lebih banyak lagi untuk berkenalan dan menambah pengalaman di alam cyber ini.

KALI PERTAMA BERBUNGA DALAM JAGAAN



Gembira bukan kepalang melihat orkidku ini.
Tak tahu nama sebenarnya....jenis dendrobium.
Dibeli semasa Pameran Taman & Landskap di Taman Tasik Cempaka Bangi beberapa bulan lalu.
Baru kali pertama berbunga dalam jagaanku.
Seronoknya....'la la la laa.......'
~you're my favourite right now!
Rajin2lah berbunga ye.....

YANG PALING RAJIN BERBUNGA




Aku baru tiga tahun lebih melibatkan diri dengan orkid~masih amatur, banyak lagi yang perlu dipelajari.


Dalam masa yang sama banyak juga suka dukanya.... belajar dari pengalaman, kata orang.


Dan dalam banyak2 koleksi orkidku~walaupun sebenarnya tak berapa banyak~ dua jenis yang ini paling rajin berbunga.....ascocenda dan mokara aranda.

Kedua-duanya adalah yang paling awal aku beli dan sehingga hari ini masih sering menggembirakan hatiku.

Yang lain-lain pulak....ada yang berbunga dan ada yang tidak walaupun aku berikan penjagaan yang sama. Agaknya belum cukup ilmu untuk mengenali keperluan setiap satunya.

Agaknya orkid ni macam manusia juga....ada kesukaan tersendiri.... Ada yang suka baja A, ada suka baja B. Ada suka tempat teduh, ada pulak suka tempat panas...

Nantilah....aku sedang berusaha ke arah itu.....
By the mean time, teruslah berbunga ye....

Friday 28 May 2010

BILA HUJAN MESTI LAPAR




Petang ini hujan turun mencurah. Anak2 tidur lama pulak tu. Perut terasa lapar.


Mulalah terbayang segala macam makanan yang sedap2. Antaranya laksa Pahang, jeli kelapa muda, tapai pulut dan ikan patin masak tempoyak.

haiii...kalaulah dapat....
masalahnya mana nak cari bahan2 tu dlm hujan sekarang ni??? huhu...

Kalau nak ikan patin fresh kena tunggu hari Ahad. Boleh dapat kat pasar tani belakang PKNS Bangi. Kelapa muda utk buat jeli pulak kena cari kat pasar borong Puchong...malasnya....



Takpelah.....tunggu Ahad ajelah.

Untuk petang ni, ulang je nasi tengahari tadi berlauk ayam goreng madu, sayur campur dan gulai lemak labu....

MAJLIS SAMBUT MENANTU~Pekan07/2009

Leka membelek album2 lama petang tadi terpandang gambar2 majlis menyambut menantu di rumah kakak iparku di Pekan setahun lalu.

Masa itu, aku ditugaskan menyiapkan barang hantaran dan menghias bilik pengantin.

Walaupun bertaraf amatur, aku cuba juga.

Mujurlah anak buahku itu~lelaki. So, tidak banyak acara yang akan melibatkan penggunaan bilik tidur. Hanya untuk bergambar serba sedikit saja.

Akhirnya...inilah gubahan bunga yang ku letak dimeja sisi katil pengantin. Balang ikan yang telah retak sedikit aku jadikan pasu. Nampak eksklusif juga...hehe

Bahan2 lain...seperti biasa dari Nilai3 lah....mana lagi???

Namun cabaran yang menanti minggu depan lebih berat lagi.

Anak buah perempuan akan bernikah di JB. Kali ini aku in charge barang2 hantaran sahaja. Urusan bilik pengantin telah diserah kepada yg pro....syukur!

Mudah2an Allah permudahkan segala urusan...amin.

Thursday 27 May 2010

FAKTA MENGENAI ROS



Fakta Mengenai Mawar



# Dikenali juga dengan nama ros.

# Saiz bunga mawar di Malaysia dan di Eropah tidak sama kerana perbezaan cuaca. Saiznya lebih besar di negara beriklim sejuk.

# Mawar ada pelbagai warna termasuk biru, hijau lembut dan hitam. Di Malaysia, mawar yang biasanya dijumpai berwarna merah jambu lembut. Namun, mawar berwarna merah, kuning dan putih menjadi pilihan ramai.

# Teknologi dalam industri penanaman pokok menyaksikan pokok mawar boleh dikacukkan dan menghasilkan warna yang pelbagai seperti mawar ungu merah jambu, mawar merah kuning dan mawar kuning jingga.

# Mawar disukai ramai dan sangat cantik untuk penyeri laman. Selain baunya yang harum, mawar menjadi pilihan ramai kerana sering diterjemahkan sebagai lambang kasih sayang. Dari segi ekonomi, permintaan pokok mawar melebihi daripada bunga yang lain, digunakan dalam haruman, hiasan dan makanan.

# Satu masa dulu di Eropah, bunga mawar menjadi bunga penting untuk taman larangan Istana.

# Ada pelbagai jenis mawar di dunia. Namun, ia dikategorikan dalam tiga jenis utama iaitu Mawar Liar, Mawar Taman Tradisi dan Mawar Taman Moden.

# Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza. Malah, masyarakat barat percaya, warna bunga membawa makna tertentu. Warna merah bermaksud romantik dan lambang kasih sayang dan cinta, manakala mawar kuning bererti kebebasan dan sering menjadi hadiah untuk ucapan tahniah atas kejayaan, ibu baru atau persahabatan.

*sumber dipetik dari Senihias.com



ORKID OH...ORKID~my cattleya


Menjaga orkid memerlukan kesabaran yang maksimum, kata kebanyakan pencinta orkid. No doubt.

Pakar-pakar rujuk tak rasmi ku~mak-mak sedaraku~ juga berkata yang sama. Orkid dlm gambar ni sebagai contoh.
Aku ada satu jenis je yang macam ni~ cattleya bowringiana.
Ambik masa 2 tahun lebih untuk berbunga. Kalau ikutkan hati...dah lama aku humbankan.
Tapi...bila dah berbunga... seronok bukan kepalang. Excitement yang hanya pencinta orkid saja yang tahu.
Dari pengamatanku, resepi menjaga orkid adalah seperti berikut:
1) rajin siram.
2) rajin bubuh baja ~tapi jgn byk sangat nanti panas pokok mati.
3) rajin belek dengan penuh kasih sayang.
Kini, sudah 4 tahun aku guna resepi tu, alhamdulillah berhasil.
Namun begitu, ada 5 pasu lagi orkidku yang masih berdegil dan belum mahu berbunga sejak aku tanam 3 tahun yang lalu....
Sabar, sabar, sabar...........

Wednesday 26 May 2010

ROS WARNA WARNI

Bilalah nak jumpa yang real macam ni....
Boleh tanam keliling rumah,
macam rainbow....
Bahagianya hidup....

Tuesday 25 May 2010

BUNGA MAKLANG RAYA2009


Raya tahun lepas kami tiga beradik memilih orkid sebagai tema hiasan dalam rumah. Tahun ni...entahlah.


Gambar2 ni adalah hasil kerjatanganku. Bahan2nya kami dapat dari Nilai3. Dua gambar yang atas adalah bunga pihan adikku yg anak2ku panggil Mak Lang. Dia baru kenal Nilai3 masa tu. Semua benda nak diangkutnya.....

Yang paling lucu, bila tengok harga bunga2 yang cantik2 tu....terkejut beruk dia!~sbb selama ni dia tak peduli dgn bunga2 ni semua...tak pernah tau harga pun...hehe


Bayangkanlah nak gubah sepasu orkid saja hampir RM200 melayang!!! Itupun dapat buat bouquet yang sederhana besar saja. Kalau nak yang besar mau habis RM300 lebih...huhu


Tapi...sebab minat punya pasal kami bertiga beradik masing2 bawak balik satu pasu besar setiap seorang....

Gambar bawah sekali tu...aku punya....idok le cantik mana, tapi aku suka!....hehe

Minggu depannya...aku ulang ke Nilai lagi beli bunga lain pulak....

Sekarang tengah berfikir nak letak bunga apa pulak raya tahun ni...????

Sunday 23 May 2010

BARANG HANTARAN KAKLONG AIN~Purple/silver



Hujung minggu ini dikhaskan untuk mengasah bakat dalam kerja-kerja 'keras tangan' membuat gubahan barang2 hantaran.

Anak buah di JB akan melangsungkan perkahwinan awal cuti sekolah nanti.

Mak sedara yang kononnya baik hati ni gatal2 mulut bagi offer untuk buat barang2 hantaran.

Inilah sebahagian hasilnya. Bekas sahaja yang dah siap. Barang2 nya belum diletak lagi. Yang lain2 pun masih dalam pembikinan.




Doa ajelah mudah2an dapat idea untuk menggubahnya nanti.
Apa2 hal, hari Jumaat 4/6/2010 dah kena bertolak ke JB...










Saturday 22 May 2010

MENU LUNCH CINCAI BONCAI




Kali ini nak cerita menu lunch for today....

Memandangkan hubby dan anak bujang tak ada di rumah ~hubby ke office, si bujang attending klinik UPSR di UKM~ maka lunch pun ikut selera mommy 100%.

Si Intan Payung sorang ni tak banyak karenah, makan je apa yang ada.

Menunya nasi putih, telur + ikan bilis goreng dan sayur taugeh Jawa style...hehe
Sayur tu istimewa sikit sebab taugehnya dibuat sendiri.

~sebenarnya secara tak sengaja terbuat taugeh tu...
Mulanya nak tunjuk si Intan Payung macamana pokok tumbuh.
So, kacang hijaulah jadi bahan eksperimen.

Then rendam kacang tu banyak sikit konon nak buat bubur kacang.

Sudahnya, bubur entah ke mana...pokok taugeh yang timbul....


Friday 21 May 2010

ORKID KOLEKSI TERBARU














Dah lama teringin memiliki
orkid jenis ini. Baru kenal namanya~Vanda Lumpini Red.
Nampak di rumah orang cantik bukan main.

Minggu lepas berjaya pujuk hubby untuk membelinya.
Mahal sikit dari yang ada dalam koleksi.

Bila cik abang tanya kenapa asyik beli orkid, aku jawab: "orkid ni indah...Allah sukakan keindahan...."


Cik abang tak terkata...hehe...

Thursday 20 May 2010

MAWAR MERAH




Mawar atau ros? sama je...ye tak???

Tak tau kenapa dalam banyak occation ia selalu jadi pilihan.


Tanyalah seiapa saja....siapa tak sukakan ros?
Wangiannya sahaja cukup menambat hati.

Ditambah pula kepelbagaian warna dan bentuknya.

Hati yang marah pun jadi cair jika dihadiahkan sekuntum ros merah/putih.







Wednesday 19 May 2010

BUNGA & IKAN




Sepasu bunga dalam air ku letakkan di sudut luar pintu gelongsor. Biar segar mata memandang kehijauan.

Tak pasti nama saintifiknya tapi biasa mendengar orang menyebutnya sebagai anggerik air...betul ke nama tu?
Berbunga putih polos pemberian kakak ipar dari Pekan bukan sahaja menarik perhatian malahan menenangkan jiwa.


Dikelilingnya ikan-ikan kecil berteduh dan bermain....aku selalu leka memerhatikan ikan2 kecil itu berenang setiapkali memberi mereka makan pagi dan petang.





PERMATA HATI KAMI

Yang ini si abang, Aiman Faruqi. Selalu berangan-angan jadi Jackie Chan.


Ini pulak si Intan Payung, Munirah Auni. Tak jemu-jemu jadi princess...

Tuesday 18 May 2010

ORKID

Setelah dua tahun dibelai.....akhirnya berbunga juga~
my vanda miss joaquim~ pemberian mak sedaraku.
Syukur....alhamdulillah.


Yang ini pulak antara yang rajin berbunga~my white dendobrium

malangnya dah tinggal dua pasu je out of five pada mulanya...yang lain mati sebab tersilap bubuh
baja.......huhu


BUNGA...MY PASSION


Memang lumrah wanita sukakan bunga.

Namun, aku termasuk dalam kategori yang 'gilakan' bunga...kata suamiku.

Pun begitu, bukan bermakna setiap pelusuk rumahku dipenuhi bunga.

Adakalanya sekadar sepasu pandan nan hijau sudah cukup buatku sebagai penyeri ruang dan penyedap mata....