Tuesday 15 June 2010

MENIKMATI KEINDAHAN ALAM

Sekeluarga terutama hubby kepenatan selepas balik dari menghantar pengantin di utara tanahair. Anak2 seronok sebab dapat menikmati keindahan alam. Dapat kenal sawah padi dan pokok padi, pokok buah-buahan, rumput semalu, tengok lembu kerbau, bukit bukau dan banyak lagi....

Masa ini jugalah anak bujangku menambah pengetahuan geografi dan mengenal sempadan negara. Apa tidaknya, dia kata Perlis ialah sebuah pulau.....????
Minggu lepas kami ke Johor Baru selama 4 hari, then balik Bangi. Berehat 3 hari di rumah mengemas apa yang patut dan Jumaat 11/06 jam 4 pagi bertolak ke Perlis.

Sempat singgah di Balik Pulau, Penang ziarah sahabat yang lama terpisah, Norizan Othman. Kebetulan musim durian dan kami dijamu raja buah itu.

Selepas solat Jumaat bertolak pula ke Kangar dan tiba di tempat penginapan jam lebihkurang 9 malam. Banyak kali berhenti rehat sebab tunggu saudara mara dari Kuantan dan JB utk konvoi sama2.

Inilah tempat penginapan kami sepanjang berada di Kangar~ Thadza Homestay. Bentuk sebuah banglo dengan 15 buah bilik. Habis semua bilik kami charter utk rombongan kami. Selesa....

Tidak sah ke Perlis kalau tak ke Padang Besar....ye tak?
Begitu juga kami. Pagi2 sabtu, selepas breakfast semua menuju ke sana. Macam2 ada....

Cuma cuaca panas menyebabkan anak2 tak selesa...

Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah di Bukit Kayu Hitam dan masuk ke Danok, Thailand sekejap. Beratur lama di post imigresen. Mungkin sebab cuti sekolah kut....pelancung ramai....

Jalan keluar pun jem...

Overall, kami semua seronok. Semua orang dapat barang yang mereka nak.... jersey bola, mainan, kasut, aksesori, buah-buahan....baju raya pun dapat!

Hubby kata next time nak masuk Danok lagi, shopping. Tapi bagi aku...cukuplah sekali. Bak kata orang hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri...

Shopping di PKNS Bangi pun ok, apa?????hehe


2 comments:

  1. Saya tinggal tidak jauh dari sempadan. Padang Besar sudah biasa bagi saya tapi masuk ke Danok amat menyusahkan. Kalau berbaris 1 jam sudah kira sekejap. Biasanya beberapa jam pada hari-hari cuti am dan hari minggu.

    ReplyDelete
  2. En. Madi,
    so true...kekadang terfikir sampai bila nak menghadapi masalah sebegini?
    the govmnt should do s/thing about it right??

    ReplyDelete