Wednesday 8 August 2012

RAMADHAN KAREEM



SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK



Selamat berjumpa kembali!

Ini adalah posting pertama ku sejak kami sekeluarga berpindah dari Bandar Baru Bangi ke bandar Kuantan ini hampir 6 bulan yang lalu.

 Bukan maknanya aku tak menjenguk blog langsung. Tapi, setakat intai2 sahaja. 

Entah mengapa hari ini tiba2 rasa nak mencoret sesuatu di sini.
Nothing specifik.
Sekadar mengumumkan kemunculan ku kembali ke dunia blogging ini! ...hehehe


 Diam tak diam, sudah lebih separuh Ramadhan meninggalkan kita. Hanya berbaki 11 atau 12 hari sahaja lagi sebelum anak bulan Syawal menjelma. 

Mudah-mudahan kita diberi kekuatan oleh Allah untuk terus memakmurkan malam-malam terakhir Ramadhan ini dengan sebanyak mungkin ibadah demi mencari keredhaanNya sebagai bekalan menghadapNya kelak. Amin.....


Persiapan raya?

Seperti biasa, kami sekeluarga membuat persiapan secara ala kadar. 
Pakaian baru untuk anak bujang dan anak dara paling utama. Umi dan ayah tak berapa kisah sangat. 
Bab membeli pakaian baru bagi kami yang dah tua ni dah 'tak wajib'! 

Lainlah anak-anak....kami sebagai ibubapa seboleh-bolehnya ingin menyediakan kelengkapan raya yang secukupnya sebagai meraikan kejayaan anak-anak menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.


Apapun, sebagai ingatan untuk diri sendiri (dan orang lain juga), beringat-ingatlah ketika membeli belah. Jangan membazir. Bersyukurlah selalu dan ingatlah kepada orang-orang yang kurang bernasib baik.


Sampai jumpa lagi,

-johana-






No comments:

Post a Comment