Thursday 9 December 2010

TIPS MENJAGA PHAL

Tips ini diambil dari pamplet yang ku peroleh semasa melawat MAHA 2010 tempohari. Untuk keterangan lanjut boleh layari www.waltexbiodec.com ye...
Cara untuk menjaga orkid jenis phalaenopsis adalah:
1. Pencahayaan.
  • Phal tidak memerlukan direct sunlight.
  • sebaliknya 70% cahaya matahari sudah mencukupi.
  • daun berwarna hijau muda dan keras menunjukkan kadar cahaya yang cukup.
  • pemindahan pokok dari tempat kurang cahaya kepada tempat lebih cerah hendaklah dibuat secara berperingkat bagi mengelakkan daun terbakar.
  • Phal gemar kepada matahari pagi berbanding matahari petang.

2. Penyiraman.

  • elakkan menyiram pokok pada waktu panas terik kerana air pada permukaan daun akan menjadi terlalu panas dan merosakkan daun.
  • elok menyiram pada waktu pagi.
  • menyiram pada waktu petang membawa risiko jangkitan kulat.
  • elakkan menyiram pada bunga yang sedang kembang sebaliknya siram pada daun dan akar sahaja.
  • kekerapan menyiram bergantung kepada cuaca (panas, mendung, hujan, berangin), pasu yang diguna (tanah atau plastik) dan media penanaman ( arang, bata, lumut sfagnum).
  • elakkan menyiram jika media penanaman masih basah.
  • elakkan pendedahan pokok kepada air hujan bagi mengelakkan jangkitan kulat dan penyakit.

3. Kelembapan.

  • Phal gemar kawasan persekitaran yang lembab.
  • basahkan tanah di kawasan persekitaran jika terlalu kering bagi mempertingkatkan kelembapan.

4. Pengaliran udara.

  • letakkan Phal di kawasan yang mempunyai aliran udara bersih dan berangin.
  • kawasan udara tenang (kawasan bertutup) menggalakkan pertumbuhan kulat.

5. Bahan semaian.

  • lumut sfagnum adalah bahan yang paling sesuai untuk menanam Phal.
  • kerana ia dapat mengekalkan kelembapan lebih lama.

6. Baja.

  • baja bebola organik atau cecair boleh digunakan untuk pokok Phal.
  • penggunaan baja cecair yang telah dicairkan campurannya boleh digunakan dengan kerap berbanding baja cecair yang pekat.
  • konsentrasi baja yang terlalu pekat boleh merosakkan akar pokok.
  • waktu pembajaan yang paling sesuai adalah pada sebelah pagi selepas penyiraman.

Sekian. Semoga mendapat manfaat.


Saturday 4 December 2010

KUMPUL PHALAENOPSIS PULAK...

MAHA 2010 akan berakhir esok (Ahad 05/12/2010).
Alhamdulillah dah 3 kali aku ulang mengunjunginya. Kali pertama entertain anak2. Bawa mereka mengenali pokok2 dan haiwan2. Seronok bukan kepalang terutama anak daraku yang hingga hari ini tak henti2 bercerita pengalamannya menangkap arnab dan macam2 lagi.
Aku pun tak kurang seronok....
Dah sekian lama menyimpan hasrat memiliki orkid jenis phalaenopsis atau 'moth orchid' yang sangat unik ini. Selain bentuk dan warna bunganya yang menarik, ia juga dikategorikan sebagai salah satu jenis orkid yang sangat mudah penjagaannya.
Itu kata orang!
Bagi aku, semuanya mencabar.
Maklumlah amatur.....
Untuk permulaan aku beli 7 pokok pelbagai warna. Dengan seribu doa dan harapan agar berpeluang menikmati keindahan bunganya di masa akan datang....
Inilah koleksi moth orchid ku yang pertama....



yang ini baru belajar nak berbunga...warna oren + ungu.




yang ini spike nya dah panjang sikit...warna ungu pekat katanya...










sepokok lagi aku tak ambil gambarnya sbb bunganya dah banyak yang layu
~aku beli juga sbb harganya murah... dan berharap semoga selepas ini ia akan segera pula berbunga lagi....





Thursday 2 December 2010

DAH BERSAWANG RUPANYA BLOG NI...

Selesai solat maghrib, terdetik hati nak menjenguk blog yg lama aku abaikan ini.
MasyaAllah...dah hampir 2 bulan rupanya ia sunyi sepi....kesian dia....


Oklah, jgn sedih2 ye...
mulai hari ini kita jumpa selalu2 ye....

Tapi.....
eeerrrmmmmm..... apa nak cerita ye?



haa....since satu Malaya tengah sibuk dengan MAHA 2010 apa kata kita tengok gambar2 yang aku (dan family) capture kat sana.



Aku ke sana pada hari pertama pameran dibuka iaitu Jumaat 26/11/2010. Sengaja bawa anak2 supaya mereka dapat sedikit sebanyak input dan pengalaman baru dari pameran sebesar ini.

Mula2 kami singgah tengok pokok2.....




Lepas tu pergi ke tempat buah2an pulak...



Sebelum balik kami singgah di pameran penternakan dulu.

Macam2 ada....





Untuk puaskan hati anak2 (terutama my little girl) yg nak pegang dan bergambar dengan burung kakaktua, terpaksalah my hubby keluarkan RM10 utk sekeping gambar ~apakan daya tak dibenar guna camera sendiri... huhu

cukup dulu ye...

untill next time.....