Tuesday 3 January 2012

SEPANJANG PERJALANAN KAMI KE...





 Bila berada jauh dari rumah, duduk pula terperap di hotel memang tak seronok bagi orang kampung macam aku. 

Lainlah bagi anak-anak, hotel merupakan keseronokan bagi mereka. Mungkin sebab mereka berada dalam 'mood bercuti' atau mereka rasa bebas dari peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di rumah! 

Apapun, aku tetap pastikan sebahagian peraturan dalam kategori 'main rules' tetap berkuatkuasa walau di mana mereka berada.
...sorry, kids!!!

 
..apalah khabar kamu wahai orkidku????

Petang-petang begini hati teringat pada pokok-pokok yang dah tiga hari ditinggalkan. Mudah-mudahan hujan turun menyiram mereka. Atau mungkin kak Lin, pembantu rumah jiran sebelah yang baik hati akan menolong jenguk-jengukkan pokok-pokokku agar tak kering layu sebagaimana aku pesankan tempohari.

Tak mengapalah....kita lupakan kerinduan pada hometown sebentar....
 sebab aku teringin mencoretkan pengalaman sepanjang perjalanan ke Kuantan pada hari Ahad lalu. 

Baru aku perasan rupanya pemerhatianku terhadap keadaan jalanraya dan persekitaran lebih tajam sewaktu memandu. Mungkin kerana bila menjadi penumpang, aku lebih suka menghabiskan masa dengan membaca atau melayan karenah anak-anak yang suka bersembang terutama si Intan Payung. Atau....selebihnya....melelapkan mata!!!..hehe

Anatara yang menarik sepanjang perjalanan:

 1.  Ketika keluar rumah di Bangi, keadaan masih gelap, maklumlah masih subuh lagi. So, tiada apa-apa yang menarik dapat ku perhatikan. Namun bila sampai di Sentul (kalau tak silap depan Pasar Sentul) aku dapat melihat sesuatu yang istimewa. Seorang lelaki singh menjual susu dengan cara old fashion ~menaiki motorsikal dangan membawa susu dalam bekas besar seperti tong aluminium berbentuk botol dan dia memakai baju batik!. Sayang, aku tak dapat mengambil gambar serana sedang memandu.

 2.  Di pertengahan jalan (sewaktu mataku terasa amat mengantuk) aku terpandang satu iklan di billboard yang membuat ngantukku hilang dan aku tersenyum sendiri. Ianya merupakan iklan satu jenama cooking hud (alaaa...alat utk sedut asap ketika memasak tu...) yang memaparkan gambar beberapa buah kenderaan seperti kereta dan lori sedang melekat di lubang kipas cooking hud itu. Aku rasa tujuannya untuk membuktikan keberkesanan alat bagi jenama tersebut. ~tapi dalam hatiku berkata: tentu takde sesiapa nak beli jenama ni sebab takut kereta mereka 'melekat' di cooking hud dapur mereka!! ...hahaha

 3.  Sampai di bandar Kuantan, aku ternampak signboard yang belum pernah aku jumpa di mana-mana tempat lain, berbunyi: TAK RASA MALU KE MEMBUANG SAMPAH DARI KENDERAAN ANDA?
~I think I'm gonna love this town! ...hehehe


p/s Rasanya ada beberapa insiden lain yang tak kurang menarik...tapi tak boleh nak ingat sekarang lah.... Next time lah ye.....







No comments:

Post a Comment