Friday, 20 January 2012

BANG, PUJUKLAH SAYA...



 Sejak pagi tadi aku asyik terfikir mengenai rumah sewa yang bakal kami diami di Kuantan kelak. Bukan apa, tempoh masa yang diberi oleh encik hubby untuk kami berpindah dah semakin dekat. Awal Februari kata big boss!
Sebenarnya, aku dah tengok rumah tu, masa hubby kena lapor diri awal bulan tempohari. 
uuurrrmmmmm...... not so good laaaa.....

First time aku datang, keadaan rumah tu sangat teruk. 
Dari luar rumah sampailah ke bahagian dalam. 
Aduhai......

Cuba bayangkan.....pokok pisang memenuhi bahagian tepi dan belakang rumah. 
Rumput pulak hampir sama tinggi dengan pagar. 

Dalam rumah pulak, hampir semua jenang pintu dah reput. 
Sinki bilik air pecah. 
Dinding penuh berconteng dengan hasil kreativiti tangan anak-anak kecil. 
Aroma dalam rumah....jangan cakaplah....

p/s: itu bukan rumah tinggal tau...penyewanya baru je keluar pada 31/12/2011 ....
  
Sedih melihatnya...tapi memandangkan itu rumah kakak iparku dan dia telah berjanji untuk membuat keja-kerja baikpulih secepat mungkin maka aku pun lega sedikit. 
Tapi, sedih.....huhu

Alhamdulillah.....tuan rumah mengotakan janjinya. 
Selang beberapa hari aku jengah kembali rumah itu dan kerja-kerja baikpulih sedang dijalankan..... 

Harap-harap tak lama lagi selesailah....

Cuma, banyak lagi kerja-kerja yang aku cadang nak buat untuk memastikan rumah itu lebih selesa didiami dan lebih sedap mata kami memandang.

Memandangkan kerja kemas mengemas ni terletak dalam bidangkuasa aku maka aku bercadang nak mintak encik hubby keluar modal sikit....hehe
As a start, apa kata beli gazebo/pondok santai macam ni.....