Thursday 27 May 2010

FAKTA MENGENAI ROS



Fakta Mengenai Mawar



# Dikenali juga dengan nama ros.

# Saiz bunga mawar di Malaysia dan di Eropah tidak sama kerana perbezaan cuaca. Saiznya lebih besar di negara beriklim sejuk.

# Mawar ada pelbagai warna termasuk biru, hijau lembut dan hitam. Di Malaysia, mawar yang biasanya dijumpai berwarna merah jambu lembut. Namun, mawar berwarna merah, kuning dan putih menjadi pilihan ramai.

# Teknologi dalam industri penanaman pokok menyaksikan pokok mawar boleh dikacukkan dan menghasilkan warna yang pelbagai seperti mawar ungu merah jambu, mawar merah kuning dan mawar kuning jingga.

# Mawar disukai ramai dan sangat cantik untuk penyeri laman. Selain baunya yang harum, mawar menjadi pilihan ramai kerana sering diterjemahkan sebagai lambang kasih sayang. Dari segi ekonomi, permintaan pokok mawar melebihi daripada bunga yang lain, digunakan dalam haruman, hiasan dan makanan.

# Satu masa dulu di Eropah, bunga mawar menjadi bunga penting untuk taman larangan Istana.

# Ada pelbagai jenis mawar di dunia. Namun, ia dikategorikan dalam tiga jenis utama iaitu Mawar Liar, Mawar Taman Tradisi dan Mawar Taman Moden.

# Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza. Malah, masyarakat barat percaya, warna bunga membawa makna tertentu. Warna merah bermaksud romantik dan lambang kasih sayang dan cinta, manakala mawar kuning bererti kebebasan dan sering menjadi hadiah untuk ucapan tahniah atas kejayaan, ibu baru atau persahabatan.

*sumber dipetik dari Senihias.com



1 comment: