Wednesday 18 January 2012

IT'S ALL ABOUT FARUQI & MTNP





Baru dapat online!!!!!

Alhamdulillah....
(dan terima kasih kepada yang sudi pinjamkan broadband ni....) hehe...

Sebenarnya banyak benda nak share di blog ni tapi semuanya terbantut. Dek kerana cik streamyx merajuk!

Nak tahu kisahnya?
Tak payahlah...tak menarik pun.... 
Cuma, dipendekkan cerita....bila balik Bangi, phone line dan internet connection rosak....huhu

Tak apalah....sekarang aku dah ada cik broadband....



Semasa menulis entry ini, aku dan si Intan Payung tinggal berdua saja di Bangi.

Kami balik Bangi pada 10hb. iaitu sehari selepas mendaftarkan si anak bujang -AIMAN FARUQI- di Maahad Tahfiz Negeri Pahang pada 09/01/2012. Si ayah yang dah mula bertugas di Kuantan branch sejak 01hb Jan. terpaksa menumpang di rumah kakaknya di Bukit Rangin sementara menanti proses baikpulih rumah sewa kami selesai.


Jom kita sembang pasal anak bujang yang dah masuk boarding school....~rindunya...

posing sementara menunggu majlis taklimat....
  
Dah hampir 2 minggu anak bujang tinggal di asrama. InsyaAllah Jumaat ni dia  boleh balik sempena cuti Tahun Baru Cina. Ayahnya dah belikan 2 tiket bas. Satu lagi tu untuk kawan baiknya, Mujtaba Habiburrahman yang duduk di Cheras. 
Biarlah mereka sama-sama belajar berdikari.


try baju sekolah...masa ni kat MS Garden...

 MTNP yang baru ku kenali merupakan sebuah sekolah dwi-sistem yang menekankan kedua-dua bidang akademik dan agama. Paling beruntung, para lepasan MTNP semuanya bergelar al-hafiz.

MTNP terletak di bawah pentadbiran Yayasan Pahang dan dinaungi Tengku Mahkota Pahang sendiri. Bagi yang layak, yuran pengajian akan ditanggung oleh Yayasan.

Kata Pengarah MTNP, kemudahan yang disediakan bertaraf lima bintang. So, anak-anak belajarlah dengan tekun ya... 

Itulah harapan juga doa dan kami terhadap si anak bujang sebaik selesai sesi taklimat dan majlis Akad Penyerahan Anak kepada Maahad.


ada semacam perasaan sayu menyaksikan si ayah berakujanji dalam majlis Akad Penyerahan Anak Kepada Pengurusan Maahad....

Sebagai ibu, aku hanya dapat berdoa semoga dia serasi tinggal di asrama demi menuntut ilmu mencari bekalan dunia dan akhirat.



Apakata kita jalan-jalan sekitar kampus MTNP....

bilik kuliah yang selesa...berhawa dingin....
Hanya lebih kurang 25 pelajar dalam satu kelas supaya guru dan pelajar dapat memberi tumpuan maksimum...


asrama pelajar lelaki....
Tempat penginapan yang selesa....4 orang sebilik....

kafe yang santai dan nyaman....

Makanan berkhasiat dan masa makan berjadual. 

Iyelah, kata orang-orang alim, ada pantang larangnya kalau nak hafaz al-Quran...tapi bukanlah pantang macam orang lepas bersalin tu... Maksudnya kena jaga halal haramnya, suci atau tidaknya sesuatu makanan tu, baik dari segi material atau sumber diperolehi.



 Aspek kesihatan pun kena jaga juga. Kalau badan sihat, barulah otak cergas.
Dengar khabarnya dari taklimat tempohari, kegiatan ko-kurikulum di MTNP ni pun boleh tahan juga. Ada sukan memanah dan aktiviti berkuda selain permainan2 biasa seperti bolasepak, badminton, tenis dan lain-lain.
 

Selamat menuntut ilmu anakku.....

Balik nanti ummi masakkan yang sedap-sedap ye.....



Sampai jumpa lagi,

3 comments:

  1. salam.. akak.. boleh x ceritakan lebih lengkap bagaimana bermulanya perjuanagn anak akak sebelum ditempatkan di MTNP? saya ingin nak tahu dahulu anak akak sekolah rendah di mana? adakah masuk tahfiz? saya dalam proses membentuk anak ke arah itu.. harap x menyusahkan akak.. -salam kenal, Salina

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam Salina,
      Salam perkenalan.

      Salina berminat menghantar anak ke sekolah tahfiz ye...alhamdulillah. Semoga tercapai hajat Salina nanti.
      Anak akak sebelum ini bersekolah di SK Jalan Empat Bandar Baru Bangi. Dalam amsa yg sama dia juga mengikuti kelas agama di Sekolah Tahfiz Abim. Dari situlah agaknya bermula kecintaannya kepada al-Quran. Selain galakan dan dorongan dari kami sekeluarga.
      Salina tinggal di mana?
      Sekarang ini ada banyak pilihan sekolah2 tahfiz di Malaysia. Carilah maklumat sebanyak mungkin untuk mempertimbangkan tempat yang paling sesuai utk anak2 Salina kelak.

      Semoga penerangan ini membantu Salina.

      Delete
  2. besla dpt dftar anak kt sini

    ReplyDelete