Tuesday 3 January 2012

PINDAH (part 1)


2012 telah menjelma!!!!
Penghijrahan kami pun bermula......


Ketika entry ini ditulis, kami sekeluarga telah berada di Kuantan. Kami bertolak pada subuh 01/01/2012 dan tiba lebih kurang 4 setengah jam kemudian.

Kami terus check-in hotel dan hubby bersiap untuk lapor diri ke pejabat NSTP Kuantan yang hanya beberapa ratus meter dari tempat penginapan kami.

..anak bujang kata: "inilah tempnat tinggal kita buat sementara....."

..si adik pun tak nak kalah....posing juga....

Maka bermulalah aktiviti kami sekeluarga (except hubby sbb dia memang anak jati Pahang) sebagai 'orang dagang'....huhu

Hari pertama dihotel, aku dan anak2 habiskan dengan berehat akibat keletihan memandu. Aku terpaksa bawa Naza dan hubby bawa sang Kancil. Ini merupakan kali pertama aku memandu agak jauh hingga ke Kuantan. Selama ini, hubby merupakan supir peribadiku yang tak bergaji...hehehe 



Dengan ruang bilik hotel yang terhad, apalah sangat yang boleh dibuat oleh anak-anak ku... Penat tengok tv, makan, bertengkar.....akhirnya tarik selimutlah.


..nak buat blog macam ummi...hehe


posing di lobby hotel...

..bila tak dapat ke pool....bath tub lah penyelamat keadaan....


Yang tak tahan tu...anak dara sorang ni asyik merengek nak ke pool. 
Aku pulak letih sangat dan perlukan rehat. At last...aku isi bath tub dengan air dan syampoo...suruh dia berendam puas-puas.

Baru dia boleh senyum!!!


Until then....


2 comments:

  1. Selamat Tahun Baru, dan Selamat Berhijrah ke Tempat Baru.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tuan Iskandar.

    Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita...

    ReplyDelete