Monday 12 November 2012

~KENANGAN DI KOTA KINABALU~

Sejuk dan nyaman ~ pemandangan yg dapat dinikmati ketika menuju ke Kinabalu Park.

Hajat hati nak meng'upload' gambar-gambar ketika berada di Kota Kinabalu pada 13-19 September lalu hanya dapat dilaksanakan hari ini. 

So, serentak dengan itu teringin nak mencoret pengalaman tersebut di sini untuk tatapan semua. 


Sebenarnya, perancangan untuk ke KK telah dibuat anak buah kami, Fakhrul Anuar dan tunangannya Bibi Safinah sejak awal tahun lagi. Bukan sekadar bercuti makan angin kata orang, malahan kembara kami kali ini membawa hajat paling besar buat pasangan Anuar dan Bibi yang bergelar suami isteri pada 15/09/2012. Bibi berasal dari Tuaran. Anak kacukan Pakistan di sebelah ayah dan Bajau di sebelah ibu. Kami difahamkan majlis perkahwinan itu nanti penuh adat budaya yang berbeza dari Semenanjung.


Ahli rombongan yang seramai 25 orang tak kurang seronok kerana pengantin lelaki menaja 2 tiket penerbangan bagi setiap family. Selebihnya, kenalah bayar sendiri! Kalau tidak, pokailah pengantin!!! Mana nak siapkan duit hantaran, mas kahwin, jamuan makan dan lain-lain lagi....betul tak?

Kami sekeluarga dapat pergi walaupun si anak bujang terpaksa 'dipontengkan' selama 3 hari. Flight dari LCCT jam 4.30 ptg dan tiba di KKIA jam 7.05 malam. Semasa dalam flight, si Intan Payung dan ayahnya sempat makan nasi lemak. Manakala aku dan anak bujang berpuasa (ummi temankan anak bujang habiskan puasa sunat Syawal).


Si Intan Payung ni, makan apa pun sedap.....

Aktiviti pertama sebaik tiba di KK ialah mencari tempat makan. Kami berkumpul di Tanjung Aru untuk makan malam. Menunya ~ ikan bakar, tomyam, sotong goreng tepung dan macam-macam lagi....


Semuanya menyelerakan terutama bagi yang berpuasa  siangnya....




Ini sebahagian ahli rombongan kami. Dua buah Urvan yang selesa muat untuk mengangkut kami ke mana-mana. Pasal supir jangan susah....ada ramai jejaka tampan di kalangan ahli rombongan yang boleh diharap! ...hehehe



Okey, sekarang nak cerita pasal tujuan utama kami ke KK. Majlis pernikahan anak buah kami. Ini itinerari nya~ Sabtu jam 2 ptg: majlis pernikahan. Malamnya pulak: majlis berinai. Tengahari Ahad: majlis bersanding. Padat jadual kami!


 
Pengantin dalam persalinan suku kaum Bajau.




 Cuba tengok gamabar di atas. Kata juruacara majlis, inilah cara masyarakat suku kaum Bajau menyambut menantu lelaki mereka. Pengantin lelaki tidak dibenarkan memijak tanah sebaliknya dia akan di usung oleh dua orang ahli keluarga terdekat pengantin perempuan untuk dibawa ke pelamin. Menurut mereka, adat ini juga sebagai simbolik bahawa mereka 'menghormati' menantu di dalam keluarga mereka.

...owh, lucky abang Fakhrul!!!...hehehe




Sekarang mari kita cerita pasal aktiviti 'jalan-jalan' pulak..... 

Isnin 17/09/2012 awal-awal pagi kami bergerak ke Kinabalu Park. Tapi, kami sempat singgah di ~ Rumah Terbalik. Bukan setakat senibina luarannya sahaja terbalik, sebaliknya semua barangan di dalam rumah kecuali air-cond (kalau terbalik, ia tak dapat berfungsi dan pengunjung akan berasa panas) juga terbalik. Tandas pun up-side down.....bahaya, ni! ...hahaha

Malangnya, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar bahagian dalam rumah tersebut. So, kenalah berkunjung ke sana untuk mengalaminya, ya!

Dari Rumah Terbalik, kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park.



Dapat sampai di kaki gunung pun jadilah.....

Sempat naik ke atas sikit. Makan-makan bekalan nasi lemak dan meehon yang dibawa. Posing pun sempat. Tapi sejukkkkkk....



Then, kami ke Sungai Moroli Kampung Luanti, Ranau. Cari apa? 
Ikan kelah, bah.... Jinak-jinak belaka. Bila diberi makan semuanya datang dekat kaki kita. Geli!

Si anak bujang geli geleman. Abang sepupunya pulak suka menyakat dia!

Lepas penat layan kelah, kami menuju ke hot spring. Namanya Poring Hot Spring. Sesuai namanya, mesti ada kolam air panas. Tapi kolam air sejuk pun ada. Sejuk macam air dalam peti ais. Tapi takde gambar....kena sensor lah!...hehehe






Aktiviti 'must do' ......shopping!
Entah berapa kali kami keluar masuk Pasar Philippine. Sekejap cari brooch, sekejap cari gelang....esok cari buah-buahan, ikan masin...the next day pulak cari kuih cincin, amplang, biskut angry bites dan macam-macam lagi... Pendek kata, ada-ada sajalah! 


Penat bershopping, cari makan pula....


Lobster yang paling besar tu harganya RM 150 seekor!



Hubby tengah pening nak pilih lauk apa......


Actually, ada beberapa aktiviti lain yang belum diceritakn di sini. 
Lain kali lah ye... 
Tangan dah naik letih ni....



Gambar yang terakhir ni....saje-saje je letak. 
Mengimbau kenangan masa dolu-dolu....hehehe 

Lagipun, bukan senang nak ajak hubby bergambar berdua!



Sampai jumpa lagi, 

 -johana-

7 comments:

  1. Terkenang masa gi sabah tahun lepas tapi tak sempat pergi hot spring pun...lain kali nak gi lagikkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time, pegilah ke hot spring, Jun. Best. Anak-anak pun suka.
      Pilih tempat berendam yg tertutup. Selesa untuk wanita/family.

      Delete
  2. Salam kenal..saya pun tak sempat update trip ke kk. .pegi hujung sept..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga dari saya...

      (eh, nak panggil u apa ye?)

      Nanti nak intai2 blog u lah.... :)

      Delete
    2. Panggil je K Mar.. intaile ..blog tak seberapa tu..

      Delete
  3. Kalau melawat mana-mana tempat, makanan istimewa tempat itu mesti terpacul di minda dahulu. Menarik juga yea cara kahwin orang Bajau. Pemakaian hampir sama dengan orang Melayu di semenanjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wong. Anak-anak sibuk cari ambuyat ~makanan tradisi orang Sabah. Tapi tak jumpa pun...

      Ada lagi yg menarik semasa majlis perkahwinan tu...mereka suka menari. Habis di paksanya ahli rombongan kami menari sama.... tp I menyorok!!! ..hahaha

      Delete